Pertandingan Suara & Gaya Burung tarik 130 penyertaan

Admin

PULAU BETONG – Penganjuran julung kali Pertandingan Suara dan Gaya Burung berjaya mendekati dan menghimpunkan para penggemar burung dari seluruh kawasan Parlimen Balik Pulau terutama penduduk sekitar Pulau Betong di sini baru-baru ini.

Sungguhpun burung-burung yang dipertandingkan iaitu daripada spesis Merbah Jambul (‘whiskered bulbul’) dan Murai Batu (‘white-rumped shama’) memerlukan penjagaan khas dengan kos agak tinggi, ia bagaimanapun tidak menjadi batu penghalang kepada 130 penggemar di sini untuk berentap berebut gelaran juara.

Menurut Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail, daripada 130 penyertaan yang diterima, sebanyak 88 adalah untuk burung Merbah Jambul dan Murai Batu (46).

Inilah keunikan yang harus kita kekalkan, semangat dalam memastikan acara tradisi tiru bunyi, lagak dan gaya burung-burung hutan ini dikekalkan.

InsyaAllah, kita akan jadikan ini sebagai acara tahunan yang bukan sahaja terbuka kepada masyarakat di Balik Pulau tapi juga seluruh Pulau Pinang,” tambah Mohd. Tuah ketika ditemui Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Hadir sama ke pertandingan yang dianjurkan bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Sungai Burung itu adalah Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain.

MANSOR Othman (tiga dari kiri) dan Abdul Halim Hussain (kiri sekali) tertarik dengan kicauan burung Murai Batu salah seorang peserta pada Pertandingan Suara dan Gaya Burung di sini baru-baru ini.
MANSOR Othman (tiga dari kiri) dan Abdul Halim Hussain (kiri sekali) tertarik dengan kicauan burung Murai Batu salah seorang peserta pada Pertandingan Suara dan Gaya Burung di sini baru-baru ini.