Projek tebatan banjir Sg. Duri siap

Admin
MAKTAR Shapee (kiri sekali) meninjau  projek pembinaan sangkar batuan di tebing Sungai Duri, Sungai Bakap, SPS di sini baru-baru ini.
MAKTAR Shapee (kiri sekali) meninjau projek pembinaan sangkar batuan di tebing Sungai Duri, Sungai Bakap, SPS di sini baru-baru ini.

SIAP… Hasil usahasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Sungai Duri dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri, projek pembinaan sangkar batuan bagi mengelak kejadian banjir di tebing Sungai Duri, Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan (SPS) telah berjaya disiapkan.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Maktar Shapee ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada JPS kerana menyegerakan projek tersebut dan juga kepada JKKK Sungai Duri kerana memberikan kerjasama penuh berhubung pengimplementasi projek yang bakal memanfaatkan seluruh penduduk sekitar berkenaan.