Pertemuan bermakna Dell – iP

Admin

PERTEMUAN PERTAMA… Buat julung kalinya, delegasi pentadbiran Kerajaan Negeri diketuai Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkesempatan berkunjung ke Ibu Pejabat Dell Malaysia di Cyberjaya baru-baru ini.

Delegasi disambut pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Dell Incorporated, Michael Saul Dell dan Eksekutif-eksekutif Komunikasi Korporat Dell Malaysia.

Selain Ketua Menteri, turut serta ialah Timbalan Ketua Menteri I yang juga Exco Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Pengurus Besar investPenang (iP), Loo Lee Lian dan Penasihat Khas kepada Ketua Menteri, Datuk Lee Kah Choon.

Pertemuan selama sejam lebih itu membolehkan pelbagai isu pembangunan ekonomi dan perkembangan rangkaian industri dikongsi kedua-dua pihak.

Dell merupakan salah satu jenama terkemuka dalam dunia teknologi perkomputeran serantau.