PICEB dijangka bawa impak ekonomi RM1.29 bilion ke Pulau Pinang

Admin
3c25acc8 a323 452e a298 15423812cf5a

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri mengetuai Penang Convention and Exhibition Bureau (PICEB) dalam terus mengukuhkan kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi acara perniagaan dengan menganjurkan acara berprestij bertaraf antarabangsa.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai berkata sepanjang tahun lepas sahaja sekurang-kurangnya ada empat acara dibida dan disokong oleh PICEB untuk dianjurkan iaitu World Research Travel Conferance 2024, International Advertising Association World Congress 2024, International Conferance of Butterfly Exhibitors & Suppliers 2024, dan International College of Dentists Section XV International Conferance.

“PICEB menyumbang kepada penjanaan impak ekonomi kepada penduduk rakyat Pulau Pinang dan jangkaan impak ekonomi (EEI),” jelasnya dalam Sesi Soal Jawab Lisan, Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang Ke-15 di sini pada 20 Mei 2025.

Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Terubong itu lagi, seramai 305,259 deligasi untuk acara perniagaan telah menyertai 2,059 acara berkaitan di negeri Pulau Pinang sepanjang tahun 2024 serta menjana kira-kira RM1.29 bilion EEI.

Terdahulu, ADUN Kebun Bunga, Lee Boon Heng meminta Hon Wai menjelaskan usaha dan pencapaian Kerajaan Negeri dalam menarik persidangan, konvensyen dan pameran (MICE) yang mempunyai nilai impak tinggi ke Pulau Pinang sejak bulan Ogos 2023.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : SITI NURATIKAH RAHMAT