Pickleball ‘gegarkan’ Komtar, Pickle & Co. dibuka setiap hari

4cc98e9a 66b5 4acd 9759 d97468532504 GAMBAR Choo Wei Ming dan isteri, Jenny Chew Shu Keng (kanan) di gelanggang pickleball di Pickle & Co, Komtar di sini sebentar tadi.

GEORGE TOWN – Gelombang sukan pickleball yang kian mendapat tempat di hati rakyat Malaysia kini secara rasmi ‘mendarat’ di Komtar, mercu tanda pembangunan serta kemajuan negeri Pulau Pinang.

e524ea8b 46f3 416e ba25 f98b8f4f898b
GAMBAR seorang pemudah cara di kaunter depan Pickle & Co di sini.

Terletak di Tingkat 3 KOMTAR, Pickle & Co. secara rasminya dibuka pada 20 Disember 2025, dengan menyediakan lima gelanggang standard mengikut piawaian pertandingan antarabangsa bagi sukan tersebut.

Pengusahanya, Choo Wei Ming, memaklumkan bahawa pusat sukan terbaharu itu beroperasi setiap hari dari 8.00 pagi hingga 2.00 pagi.

“Pembukaan pusat ini dilihat tepat pada masanya memandangkan sukan pickleball sedang berkembang pesat, bak cendawan tumbuh selepas hujan, di seluruh negara.

“Biasanya gelanggang akan dipenuhi pengunjung pada sebelah petang hingga awal pagi. Kadar sewaan gelanggang ialah RM85 sejam.

“Pengunjung terdiri daripada seisi keluarga serta kakitangan awam yang hadir selepas waktu bekerja,” jelasnya kepada Buletin Mutiara pada 26 Disember 2025.

1664bfa4 659d 475f 9af1 35a699668205
PICKLEBALL memang sukan yang sesuai untuk seisi keluarga.

Menurutnya lagi, Pickle & Co. yakin bahawa Komtar masih mempunyai daya tarikan tersendiri, termasuk dalam kalangan remaja dan anak muda, sekiranya ditawarkan produk pelancongan sukan yang relevan.

3596c5cf ff1e 4583 984a b9506436da73

169f369b d168 40e8 9de4 c15e10bf9c52
BILIK mandi dan tandas selesa turut disediakan untuk memenuhi keperluan pengunjung di sini.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Jenny Chew Shu Keng di talian 016-412 2160, manakala tempahan gelanggang boleh dibuat secara dalam talian dengan memuat turun aplikasi pintar Sport With Play.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar: MUHAMMAD IQBAL HAMDAN