Program Larian Santai Malam kukuhkan perpaduan komuniti.

Admin
larian feature

AIR PUTIH – Seramai 100 peserta terdiri daripada golongan belia, wanita dan warga emas menyertai program ‘Larian Santai Malam’ sempena siri Malaysia Aktif @Komuniti peringkat Daerah Barat Daya yang berlangsung di Botanica Park dekat sini pada 21 Ogos lalu.

 

Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya Muhammad Daniel Haris Nasation berkata, inisiatif ini merupakan ilham Menteri Belia dan Sukan yang berhasrat memperkukuh gaya hidup sihat serta mempererat hubungan komuniti melalui penyertaan dalam aktiviti kecergasan.

 

Kehadiran peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk belia, wanita dan warga emas membuktikan komitmen terhadap usaha membudayakan gaya hidup sihat dan aktif.

 

picture2 larian
AKTIVITI pemanasan badan sebelum peserta memulakan Larian Santai Malam.

 

“Saya yakin usaha berterusan seperti ini akan menjadi platform terbaik untuk menggalakkan gaya hidup sihat serta memperkukuh perpaduan dalam kalangan komuniti,” katanya.

 

Program ini turut dimeriahkan dengan sesi perkongsian oleh Mohd. Syafiq Mohd. Mokhtar, Duta Hutan Ration, yang berkongsi pengalaman serta tip pemakanan sihat khusus untuk para pelari.

 

Sementara itu, Presiden Kelab Olahraga UR Balik Pulau, Mohd. Aris Mohd. Tahir menzahirkan rasa syukur dan bangga dengan sambutan masyarakat setempat terhadap program ini.

 

picture 3 larian
PESERTA Larian Santai Malam dari pelbagai peringkat usia.

 

“Penganjuran larian santai seperti ini bukan sahaja menyihatkan tubuh badan, malah dapat merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk setempat.

 

“Saya berharap agar program seumpama ini diteruskan pada masa akan datang dengan penglibatan lebih ramai golongan belia dan keluarga,” ujarnya.

 

 

Oleh: M. DANESWARAN
Gambar: KELAB OLAHRAGA UR BALIK PULAU