Projek CSR DNP Land bawa mesej perpaduan kaum

BUKIT TENGAH – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng merakamkan penghargaan kepada syarikat pemaju, DNP
Land kerana berjaya menyiapkan projek pengindahan Bulatan Bukit Tengah melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Baginya, reka bentuk landskap yang unik dengan tema Percambahan Keriangan (Seeds of Joy) sekaligus membawa mesej perpaduan rakyat, iaitu suatu semangat yang senantiasa dijunjung oleh Kerajaan Negeri dan semua kaum di negeri ini.

“Pembangunan landskap di kawasan bulatan ini adalah diambil dari aspek nama asal tempat ini iaitu Bukit Mertajam yang juga merupakan nama bagi sepohon Pokok Mertajam (Erioglossum Rubiqinosum).

“Buah Mertajam juga simbolik kepada satu kelompok dan komposisi bangsa dari pelbagai kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain, ia mencerminkan perpaduan yang wujud di tempat ini,” ujarnya pada majlis perasmian projek pemajuan tersebut di sini baru-baru ini.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Soon Lip Chee, A. Thanasekharan (ADUN Bagan Dalam), P. Kasthuriraani (Ahli Parlimen Batu Kawan) dan Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Dato’ Maimunah Mohd. Sharif turut sertai majlis tersebut.

Hadir sama, Setiausaha Perbandaran MPSP, Sr. Rozali Mohamud serta beberapa Ahli Majlis lain, Datuk Roger Chan Wan Chung (Pengarah Eksekutif DNP Land) dan Tan Kok Cheang (Pengurus Besar Kanan DNP Land).

Reka bentuk landskap Bulatan Bukit Tengah berdiameter 80 meter panjang tersebut antara dihiasi 47 pohon pokok kurma, 3,848 meter persegi rumput karpet, dan lengkap dengan pemasangan papan tanda “Selamat Datang Ke Seberang Perai” dan “Cleaner, Greener, Safer and Healthier Penang”.d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);