Promosi Cukai Pintu 2018 MPSP sedia hadiah cabutan bertuah lumayan

SEBERANG JAYA – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sekali lagi melaksanakan promosi pembayaran cukai pintu bagi tahun 2018 mulai 1 Disember 2017 hingga 28 Februari ini.

Yang di-Pertuanya, Dato’ Sr. Rozali Mohamud berkata, mereka yang membayar keseluruhan cukai setahun untuk 2018 berserta tunggakan (jika ada) sebelum tarikh akhir tersebut layak untuk terpilih dalam acara cabutan bertuah dengan hadiah lumayan, kelak.

“Hadiah pertama adalah Mountain Bike Fuji 27.5 nevada 1.1, hadiah kedua (Mountain Bike Fuji 27.6 nevada 1.5 D), hadiah ketiga (Samsung FHD Smart Curved LED TV49 inci), ada 10 hadiah istimewa termasuk Ipad, serta 40 hadiah lain seperti komputer riba, telefon pintar dan aksesori rumah sebagai menghargai komitmen para pembayar cukai kita,” jelasnya pada sidang media di sini baru-baru ini.

Turut serta, Setiausaha Perbandaran, Ir. Rosnani Mahmud serta barisan Ahli Majlis MPSP lain.

Rozali memberitahu, MPSP turut menyediakan cenderahati berupa barangan ‘upcycle’ iaitu barang-barang manfaat yang dihasilkan daripada bahan kitar semula dan boleh guna, kepada sejumlah terhad pembayar cukai pintu terawal.

Layari sesawang rasmi M P S P, www.mpsp.gov.my atau hubungi talian 04- 5497470/471/697/696/468/790 atau emel [email protected] untuk pertanyaan lanjut mengenai program Promosi Cukai Pintu MPSP 2018.