Promosi Jom Bayar Cukai Taksiran MBSP capai sasaran semasa – Datuk Bandar

Admin
5d90ebcf 1d76 48be bc80 a4d184d69cd2 DATUK Bandar dalam sidang media berkaitan di Menara Bandaraya MBSP, Seberang Jaya pada 26 Mac 2024.

SEBERANG JAYA – Hasil cukai pintu bagi Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) sebanyak RM114 juta adalah melepasi sasaran semasa yang digariskan peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tersebut.

Datuk Bandar MBSP, Dato’ Azhar Arshad memberitahu perkara itu seusai mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penuh Ke-597 (Bil.3/2024) di Dewan Kenanga, Menara Bandaraa MBSP di sini pada 26 Mac 2024.

Katanya, MBSP berjaya mengutip cukai melepasi sasaran RM100 juta.

“Kejayaan mengutip hasil cukai semasa itu menunjukkan bahawa acara cabutan pemenang sempena Promosi Jom Bayar Cukai Taksiran MBSP yang dilaksanakan sejak 1 Disember tahun lepas hingga 29 Februari 2024 adalah mencapai matlamat penganjuran.

“Sebenarnya kempen yang kita buat ini sangat signifikan, jangan ingat nampak hadiah (cabutan pemenang) besar, seolah-olah kita berbelanja besar, tidak.

“Sebenarnya, kempen (Jom Bayar Cukai Taksiran MBSP 2024) ini memberi lonjakan besar pada hasil kutikan cukai semasa tersebut,” jelasnya lagi.

Dalam perkara berkaitan, Azhar berkata pentadbirannya akan melaksanakan operasi penguatkuasaan kutipan cukai taksiran bermula 22 April depan bagi premis-premis yang belum menjelaskanbayaran cukai taksiran bagi Penggal Pertama 2024.

“Pemilik premis diminta untuk membuat bayaran dengan kadar segera bagi mengelakkan harta alih anda dari disita.

“Bayaran cukai taksiran boleh dibuat secara dalam talian, melalui aplikasiASPIRE Seberang Perai, melalui kiosk atau agensi kutipan yang telah dilantik MBSP serta di kaunter bayaran MBSP di Menara Bandaraya Bandar Perda dan Kaunter Cawangan Jawi,” jelasnya lagi.

Sebelum itu, Azhar menyempurnakan acara cabutan pemenang serta menyampaikan hadiah kepada 40 pemenang.

Hadiah paling lumayan bagi tempat pertama cabutan pemenang adalah wang tunai RM8,888; diikuti tempat kedua RM5,000 dan tempat ketiga RM4,000.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR