Proton ‘panaskan’ PBIM 2025, sebuah S70 baharu menanti pemenang cabutan bertuah!

Admin
828cb254 2956 4aef 8612 b1e4a06dbf77 KETUA Menteri (tiga dari kanan) dan Wong Hon Wai (kiri sekali) dalam sidang media promosi Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang (PBIM) 2025 di Komtar pada 6 Oktober 2025.

GEORGE TOWN – Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang (PBIM) 2025 kembali lagi pada 14 Disember ini di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, dengan 20,000 peserta telah mengesahkan penyertaan kategori bagi Kategori 10 Kilometer (km), Separa Maraton 21km dan Maraton Penuh sejauh 42km.

Aspen Klippa kekal sebagai penaja utama acara tahunan berprestij tersebut, dengan kehadiran Proton sebagai rakan kereta rasmi dan penaja utama bagi kategori 10km serta menawarkan hadiah utama cabutan bertuah yang berupa sebuah kereta baharu jenis S70.

Semasa mengumumkan perkara itu, Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Chow Kon Yeow berkata bahawa Kerajaan Negeri hari ini bukan sahaja komited menganjurkan acara larian bertaraf antarabangsa itu semata-mata, malah mahu menunjukkan keunikan Pulau Pinang dari sudut semangat bekerjasama dengan pelbagai pihak berkenaan.

“Kerjasama dengan Proton ini adalah lebih daripada penajaan (yang mana) ia adalah pengiktirafan daripada pembuat kereta nasional Malaysia terhadap status antarabangsa PBIM yang semakin meningkat,” jelasnya dalam sidang media promosi PBIM 2025 di sini pada 8 Oktober 2025.

Turut serta, Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai yang juga pengerusi penganjuran PBIM 2025; Pengarah Urusan Kumpulan Aspen, Ir. A. Anilarasu; Timbalan Pengarah merangkap Pengarah Pemasaran Proton, Ong Chee Woi; Pengurus Gedung IKEA Batu Kawan, Gordon; wakil Klippa, Jo Saw dan rakan-rakan penaja korporat lain.

Terdahulu, direkodkan seramai 22,000 peserta dari 64 negara dan wilayah menyertai PBIM 2024 pada 15 Disember 2024.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ALISSALA THIAN
Video : LAW SUUN TING