GEORGE TOWN – Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri Pulau Pinang telah mengaktifkan sistem komunikasi menerusi aplikasi pesanan ringkas yang melibatkan agensi-agensi berkaitan, susulan hebahan Ramalan Awal Banjir Pulau Pinang oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) bagi tempoh 19 hingga 21 November 2025.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Zulkifli Long memaklumkan perkara tersebut dalam sidang media bersama-sama Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini pada 18 November 2025.
“METMalaysia akan mengemas kini maklumat (ramalan awal cuaca) setiap jam, kita (Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pulau Pinang) akan bergerak berdasarkan makluman dalam aplikasi pesanan ringkas (WhatsApp) tersebut,” jelasnya.
Facebook rasmi METMalaysia semalam, dimaklumkan ramalan banjir di beberapa kawasan meliputi kelima-lima daerah di Pulau Pinang.
Di Daerah Barat Daya, agensi persekutuan tersebut meramalkan banjir akan berlaku di :
– Lembangan Sungai Telok Bahang;
– Lembangan Sungai Teluk Awak (Sungai Teluk Awak);
– Lembangan Sungai Pinang (Sungai Pinang, Sungai Bagan Air Hitam, Sungai Semagagah, Sungai Air Putih, Sungai Pa’Long),
– Lembangan Sungai Rusa (Sungai Rusa);
– Lembangan Sungai Titi Teras (Sungai Titi Teras, Sungai Kuala Jalan Baru, Sungai Korok);
– Lembangan Sungai Burung (Sungai Burung, Sungai Kongsi/Relau, Sungai Pondok Upeh, Sungai Buaya, Sungai MRSM).
Di Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) pula, banjir diramalkan berlaku di :
– Lembangan Sungai Jawi (Sungai Jawi, Sungai Bakap); dan
– Lembangan Sungai Kerian (Sungai Kecil, Parit B2 Nibong Tebal).
Sementara itu, bagi Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), bencana banjir diramalkan di :
– Lembangan Sungai Junjung (Sungai Junjung SPT, Sungai Machang Bubuk, Sungai Junjung Mati, Borrowpit Sungai Junjung);
– Lembangan Sungai Juru (Sungai Juru, Sg. Rambai, Sungai Kilang Ubi, Sungai Pasir, Sungai Permatang Rawa, Sungai Ara, Borrowpit Sungai Juru, Sungai Tok Kedili); dan
– Lembangan Sungai Perai (Sungai Perai, Sungai Mengkuang, Sungai Pertama).
Kawasan-kawasan yang diramal berlaku banjir di Daerah Seberang Perai Utara (SPU):
– Lembangan Sungai Lahar Endin (Sungai Lahar Endin);
– Lembangan Sungai Tembus (Sungai Tembus, Sungai Lahar Tiang);
– Lembangan Sungai Perai (Sungai Perai, Sungai Kulim, Sungai Jarak , Sungai Kereh, Sungai Tok Tongkat, Sungai Pengkalan Machang, Sungai Orang Putih, Sungai Kreh Tasik, Sungai Pengkalan, Sungai Lokan, Sungai Alor Merah, Sungai Puyu Kanan, Sungai Maklom, Sungai Tok Sani, Sungai Bagan Lalang, Sungai Mak Mandin, Sungai Nyior); dan
– Lembangan Sungai Muda (Sungai Muda)
Bagi daerah kelima dan terakhir iaitu Timur Laut, kawasan-kawasan yang diramalkan dilanda banjir adalah:
– Lembangan Sungai Pinang (Sungai Pinang, Sungai Jelutong Hilir, Sungai Air Putih, Sungai Ayer Hitam, Sungai Dondang);
– Lembangan Batu Feringghi (Sungai Batu Feringghi);
– Lembangan Sungai Dua (Sungai Dua Besar);
– Lembangan Sungai Relau (Sungai Relau) dan
– Lembangan Sungai Gelugor (Sungai Gelugur).

Terdahulu, Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri, Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Ooi Soon Lee dalam kenyataan berasingan kepada Buletin Mutiara pada 28 Oktober 2025 antara lain menjelaskan bahawa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mewujudkan sistem pintar MyPublicInfobanjir bagi membantu rakyat mengakses data berkaitan paras air sungai di kawasan carian masing-masing untuk membuat persiapan awal menghadapi risiko bencana di Pulau Pinang.
Beliau berkata aplikasi pintar itu diperlukan kerana negeri ini dalam fasa Peralihan Monsun Timur Laut yang bermula pada bulan November serta dijangka membawa taburan hujan lebat serta ribut petir yang berlaku pada sebelah petang dan awal malam.
Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : MUHAMMAD IQBAL HAMDAN