Pupuk sikap saling hormati, toleransi sejak bangku sekolah mampu kukuhkan semangat muhibah – Ketua Menteri

Admin
2b884c83 70ca 4521 b14f cdeffe0925b5 KETUA Menteri (depan, kiri) dengan diiringi Muttaqeen Mustafa (depan, kanan) dan tetamu lain turut dibawa melihat fasiliti yang terdapat di Sekolah Seri Ad-Diniah Sungai Bakap di sini pada 2 April 2024.

SUNGAI BAKAP – Sikap saling menghormati, toleransi dan berbudi bahasa yang diterapkan kepada anak-anak sejak di bangku sekolah adalah penting bagi melahirkan semangat muhibah dalam kalangan rakyat berbilang budaya dan agama di Malaysia terutama Pulau Pinang.

e06e13b8 edf1 4136 8dbf 35d65ae2dbfa
KETUA Menteri

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Berbuka Puasa di Sekolah Seri Ad-Diniah Sungai Bakap di sini pada 2 April 2024.

“Pulau Pinang adalah negeri majmuk yang kaya dengan budaya dan berbilang kaum.

“Sikap saling menghormati, toleransi dan berbudi bahasa adalah nilai asas yang perlu ada pada semua rakyat Malaysia di samping (kemampuan) untuk membezakan perkara benar dan salah.

“Nilai-nilai ini perlu dititik(beratkan) sejak kecil lagi dan ia perlu mula diterapkan di sekolah,” jelasnya yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi di sini.

Sebelum itu, Kon Yeow memberitahu bahawa kebelakangan ini pelbagai isu dikaitkan dengan agama hatta menimbulkan pelbagai polemik dalam masyarakat.

76c85bf4 5f66 420f 8023 b18c301af8f1
KETUA Menteri (dua dari kiri) dengan diiringi Goh Choon Aik (kiri sekali) dan barisan pemimpin lain turut menyampaikan hadiah pelajar cemerlang kepada salah seorang murid Sekolah Seri Ad-Diniah Sungai Bakap, sebelum majlis berbuka puasa di sini tadi.

Tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak, beliau menyeru supaya rakyat Malaysia khususnya yang tinggal di negeri Pulau Pinang supaya terus mengekalkan semangat harmoni antara satu masa lain.

“Ia, sepatutnya tidak timbul kerana negara kita khususnya Pulau Pinang sememangnya telah lama (rakyat negeri) hidup harmoni antara satu sama lain,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan.

Turut berucap, Yang Dipertua Badan Keluarga Ad-Diniah (BAKA), Mustaqim Alpi.

ADUN Bukit Tambun, Goh Choon Aik; Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Lau Keng Ee; Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Nurhidayah Che Rose; Pegawai Penyelaras KADUN (PPK) Sungai Bakap, Muttaqeen Mustafa; Pegawai Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Ustaz Roslan Che Ros; Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah Seri Ad-Diniah, Mustafa Shapee; Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah Seri Ad-Diniah, Samsudin Basir dan Guru Besar Sekolah Seri Ad-Diniah, Nurulzulaiza Zunihan Abdul Rahman turut sertai majlis tersebut.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR
Video : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI