Pusat Aktiviti Tmn. Tun Sardon harap beri manfaat pelajar setempat

MANFAAT KEPADA PELAJAR… Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N Rayer berharap inisiatif pihaknya mewujudkan Pusat Aktiviti Taman Tun Sardon di sini bakal mendorong para pelajar untuk terus mencapai kecemerlangan dalam pelajaran sekaligus mengubah nasib keluarga ke arah yang lebih baik kelak.

Katanya, selain menjadi tempat ulangkaji, pusat tersebut turut dilengkapi dengan perpustakaan mini dan ruang bacaan yang selesa.

“Dibuka pada jam 8 malam hingga 10 malam untuk Isnin hingga Jumaat. Pada hari minggu, waktu operasi adalah dari 10 pagi sehingga 12 tengah hari.

“Diharap ia dapat memberi manfaat khususnya kepada pelajar sekolah yang tinggal berdekatan untuk belajar secara berkumpulan,’’ katanya ketika hadir pada Majlis Perasmian Pusat Aktiviti Taman Tun Sardon di sini baru-baru ini.

}