Rakyat kaya jika PR kekal memerintah – Guan Eng

Admin

 

KETUA Menteri mendukung salah seorang anak emas sambil diperhatikan ibu bapanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Penghargaan Program Anak Emas Fasa Keempat Peringkat Daerah Barat Daya di sini barubaru ini.
KETUA Menteri mendukung
salah seorang anak emas
sambil diperhatikan ibu
bapanya pada Majlis
Penyampaian Sumbangan
Penghargaan Program Anak
Emas Fasa Keempat Peringkat
Daerah Barat Daya di sini barubaru
ini.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

BALIK PULAUUsaha menggandakan sumbangan langsung kepada rakyat akan terus menjadi agenda utama Kerajaan Negeri Pulau Pinang jika Pakatan Rakyat (PR) terus menerima mandat kukuh pada pilihanraya umum ke- 13, kata Y.A.B Tuan Lim Guan Eng.

Ketua Menteri berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Penyampaian Sumbangan RM200 Program Anak Emas Fasa Empat Peringkat Daerah Barat Daya di sini baru-baru ini.

“(Pemimpin) UMNO kata (Kerajaan Negeri) akan bankrap… Mana ada kerajaan yang amanah jadi bankrap kerana banyak menyumbang kepada rakyatnya sendiri.

“Kerajaan Pulau Pinang yang amanah tak bankrap apabila cari duit dan sumbang pada rakyatnya. Kalau perintah Putrajaya nanti pun, budaya amanah ini akan mengkayakan rakyat,” ujar beliau di Dewan Balora Mastika, di sini.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Abdul Halim Hussain, Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Sim Tze Tzin (Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak), Koid Teng Guan (ADUN Sungai Pinang) turut hadir pada program mesra rakya tersebut. Turut hadir, Pegawai Penyelaras Kawasan DUN (PPK) Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail dan Hasnah Hashim (PPK Bayan Lepas).

Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih berkata, sebuah kerajaan tidak akan kekal lama apabila amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dilakukan oleh pemerintah serta disedari rakyat.

Seramai 714 anak emas baru lahir yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri menerima sumbangan RM200 setiap seorang. Itu, tidak termasuk 1,409 anak emas lain yang menerima sumbangan dalam fasa yang sama peringkat Daerah Timur Laut.

Difahamkan, seramai 6,339 anak emas berdaftar menerima sumbangan dalam empat program berbeza di kedua-dua daerah berkenaan.

Selain program Anak Emas, Kerajaan Negeri turut menyumbang RM100 setiap tahun kepada warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU). Malah, Kerajaan Negeri turut menyumbang RM1,000 kepada waris warga emas meninggal dunia.

“Sekarang, kita sedang berusaha untuk memberi RM100 kepada seluruh pelajar darjah satu dan empat (serta) tingkatan satu dan empat sungguhpun cuba dihalang oleh pihak tertentu dari (kerajaan) pusat dan di sesetengah sekolah sendiri,” ujarnya lagi.

SALAH seorang penerima bersalam dengan Abd. Halim Hussain (kiri sekali) selepas menerima sumbangan RM200 daripada Kerajaan Negeri.
SALAH seorang penerima bersalam dengan Abd. Halim Hussain
(kiri sekali) selepas menerima sumbangan RM200 daripada
Kerajaan Negeri.
SALAH seorang penerima bagi peringkat Daerah Timur Laut.
SALAH seorang penerima bagi
peringkat Daerah Timur Laut.