Rasa tidak selesa boleh dikira buli – Exco

caa06fad 9bbf 4aca 96da ced2f0ce0988

PANTAI JEREJAK – Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim, menyeru pelajar sekolah supaya menjauhi gejala buli dengan tegas.

 

Menurut beliau, perlakuan buli sebenarnya bermula apabila seseorang mula berasa tidak selesa dengan tindakan atau perbuatan rakan-rakan sendiri.

 

“Kadang-kadang di sekolah, ada murid yang diejek, diketawakan, atau disisihkan oleh rakan sendiri.

 

“Kita mungkin menganggap ia sekadar gurauan, tetapi sebenarnya itulah permulaan kepada buli — apabila seseorang sudah mula berasa tidak selesa.

24bfd662 8561 47e7 a2c8 90e0d509def7

“Kepada anak-anak semua, jangan membuli dan jangan berdiam diri apabila melihat kawan dibuli.

 

“Jika nampak rakan diejek, ditolak, atau dilayan dengan kasar, tolong laporkan kepada guru,” katanya ketika berucap pada Program Pemeriksaan Saringan Mata Percuma di Sekolah Kebangsaan (SK) Bayan Baru, di sini pagi tadi.

d5393a9b ed6b 423a bc15 d9cd9dda5a20 (1)

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Ts. Azhan Abdullah; Guru Besar SK Bayan Baru, Mohd. Razif Othman; dan Pengurus De Human Eyes Optometrist, Melbans Ooi Joo Liang.

 

Difahamkan, sehingga kini, program berkenaan telah memanfaatkan 15 buah sekolah, melibatkan 6,275 murid serta 270 warga sekolah yang menerima pemeriksaan mata percuma.

 

“Seramai 1,350 murid yang layak turut menerima cermin mata percuma melalui program ini.

 

“Bantuan seperti ini amat bermakna, khususnya kepada murid yang sebelum ini menghadapi kesukaran melihat dengan jelas di dalam kelas.

 

“Angka ini bukan sekadar statistik, tetapi tanda bahawa masih ramai yang prihatin terhadap kesejahteraan anak-anak kita,” jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang itu lagi.

 

Dalam perkembangan lain, Siew Khim turut mengulas mengenai penularan video berkaitan gelandangan di sekitar pusat bandar.

e5c92e8f c451 4698 be12 322225da4e48

Beliau menjelaskan bahawa operasi bersepadu sentiasa dijalankan oleh pihak berkuasa, namun terdapat segelintir individu yang kembali ke jalanan walaupun telah diselamatkan beberapa kali.

 

“Operasi demi operasi dijalankan, kadangkala kawasan sudah kosong, tetapi ada yang datang semula.

 

“Sekiranya masih ternampak keadaan sedemikian, lebih baik laporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya.