Ratusan rai majlis makan malam ulang tahun Ke-74 TYT

Admin
KETUA Menteri mengiringi Tun Ahmad Fuzi menyantuni para tetamu dalam majlis berkaitan di sini pada malam tadi.

BAYAN LEPAS – Ratusan tetamu menyertai Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-74 Tuan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tahun 2023 di SPICE Convention Centre dekat sini.

Pada majlis tersebut, TYT, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri, Toh Puan Khadijah Mohd. Nor masing-masing menerima cenderamata daripada Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow dan isteri, YABhg. Puan Tan Lean Kee.

Selain Kon Yeow dan isteri, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato ‘ Law Choo Kiang dan isteri; Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid dan isteri; Timbalan Ketua Menteri II, Jagdeep Singh Deo dan isteri sebelum itu turut mengiringi Tun Ahmad Fuzi dan isteri menyempurnakan acara pemotongan kek hari lahir.

Ratu rock negara, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin; peserta program Akademi Fantasia 4 (AF4), Haziq Rosebi dan kumpulan penari tradisional Majlis Kebudayaan Negeri Pulau Pinang antara yang terlibat dalam persembahan pentas pada malam ini.

Selamat Ulang Tahun Ke-74, Tun!

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI
Video : SITI NURATIKAH RAHMAT