Ribuan meriahkan sambutan Thaipusam

KEBUN BUNGA – Sambutan Thaipusam tahun ini disambut meriah dengan kehadiran ribuan penganut agama Hindu membanjiri Jalan Utama sehingga ke Jalan Kebun Bunga di sini baru-baru ini.

Malah, kehadiran Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng bersama isteri, Betty Chew Gek Cheng serta kepimpinan Kerajaan Negeri sehari sebelum Thaipusam memeriahkan lagi suasana sambutan meraikan kemenangan Dewa Muruga menghapuskan kuasa jahat terbabit.

Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy, Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan ) , A . Tanasekharan (Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Bagan Dalam), Zairil Khir Johari (Ahli Parlimen Bukit Bendera), Ramkarpal Singh Deo (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) dan beberapa Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) antara yang turut mengiringi lawatan ke thaneer panthal atau khemah air sepanjang jalan menuju ke Jalan Kebun Bunga.

Sejumlah 150 thaneer panthal dari pelbagai agensi kerajaan, syarikat swasta dan pemain industri memeriahkan sambutan tahun ini.

Walaupun cuaca agak terik, ia tidak menghalang ribuan penganut membawa palkudam (belanga susu) dan kavadi sebagai membayar nazar selain mencukur rambut dan memecahkan kelapa.

Salah seorang pelancong dari Australia yang mahu dikenali sebagai Kelly berasa teruja dengan warna-warni dan makanan yang dihidangkan pada sambutan Thaipusam di sini.

Beliau yang pertama kali ‘ menyertai ‘ sambutan Thaipusam memberitahu bahawa tidak akan melupakan pengalaman di sini dan berhasrat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perayaan-perayaan yang terdapat di negara ini.if (document.currentScript) {