RM30 juta naik taraf KTM Butterworth, rangsang integrasi Penang Sentral – LRT Laluan Mutiara

Admin
7ab13ba0 07b5 4f13 95dd 526931e954fd ANTHONY Loke Siew Fook (tengah) bersama-sama Ketua Menteri (kiri) dalam sidang media berkaitan seusai majlis perasmian Konvensyen Tahunan Negeri DAP Pulau Pinang di Holiday Inn & Suite Perai di sini pada 9 November 2025.

BUKIT TENGAH – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata bahawa Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Butterworth sedia ada akan dinaik taraf serta merta dengan dana persekutuan kira-kira RM30 juta.

Menurut beliau, kerja-kerja penaiktarafan tersebut akan meningkatkan lagi nilai guna Penang Sentral yang menjadi hab pengangkutan awam bersepadu negeri, apabila projek transit aliran ringan (LRT) Laluan Mutiara dari Bayan Lepas siap kelak.

“Kita (Kerajaan Persekutuan) ingin menjadikan Stesen KTM Butterworth ini bersama-sama terminal feri (Pangkalan Sultan Abdul Halim) dan juga Penang Central sebagai hab pengangkutan awam bersepadu yang mana akan menghubungkan pelbagai mod pengangkutan awam darat di sini.

“Kelak, rakyat ada pelbagai pilihan sama ada mengambil feri menyeberang ke bahagian pulau (Pulau Pinang) ataupun mengambil LRT pada masa akan datang,” jelasnya dalam sidang media bersama-sama Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow di sini pada 9 November 2025.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ALISSALA THIAN
Video : DARWINA MOHD. DAUD