Rumah Terbuka Tahun Baru Cina KM meriah, muhibah

TRADISI… Hampir 25,000 tetamu terdiri daripada masyarakat berbilang kaum hadir di Subterranean Penang International Convention & Exhibition Center (SPICE) bagi bersama menyambut Tahun Baru Cina bersama-sama Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dan isteri.

Hadir sebagai tetamu kehormat, Tuan Yang Terutama Negeri (TYT), Tun Dr. Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff.

Turut memenuhi jemputan, Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd, Rashid Hasnon, Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri.

Guan Eng dan isteri, Betty Chew Gek Cheng menjadi tumpuan orang ramai yang mana para pengunjung termasuk kanak-kanak tidak melepaskan peluang bergambar bersama-sama mereka.

Tidak terkecuali barisan kepimpinan Kerajaan Negeri lain.

Selain pemberian limau mandarin sebagai acara tradisi, para pengunjung turut disajikan dengan pelbagai menu sajian makanan dan persembahan kebudayaan serta nyanyian menarik.

Malah, pengunjung cilik turut menerima angpau daripada Gek Cheng.