GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berharap Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2025 yang dibentangkan dapat meningkatkan lagi kesejahteeaan Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas pencen.
Menurut Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi itu lagi, kelulusan RUU tersebut akan penentuan kadar pembahagian syer ke atas pencen terbitan dan ganjaran terbitan dalam sistem persaraan mereka yang berkenaan.
“(RUU ini) untuk memastikan sistem saraan pasca perkhidmatan kekal relevan, adil, dan berdaya saing,” jelasnya semasa membentangkan RUU tersebut dalam Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-15 di sini pada 20 November 2025.
Di samping itu, Kon Yeow menyatakan bahawa pembentangan RRU tersebut juga melambangkan komitmen Kerajaan Negeri dalam dalam menzahirkan rasa penghargaan terhadap khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh mereka yang pernah berkhidmat kepada rakyat.
Beliau yang juga ADUN Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan turut menyatakan bahawa pembentangan RUU itu bertujuan untuk mengekalkan prinsip integriti, ketelusan dan tatakelola baik (good governance) dalam pengurusan saraan pasca perkhidmatan.
Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : MUHAMMAD IQBAL HAMDAN & SIEW CHIA EN
Video : DARWINA MOHD. DAUD