Senarai pemenang peraduan Buletin Mutiara Edisi 4/2025 dimuktamadkan

Admin

GEORGE TOWN – Seramai lapan pemenang Bakat Si Cilik Mewarna dan tiga pemenang Pertandingan Melukis Poster bertemakan ‘Cuti-cuti 2025’ anjuran Sidang Redaksi Buletin Mutiara telah dimuktamadkan.

Proses pemilihan pemenang disempurnakan oleh Penolong Akauntan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) S. Shivamalar; Pegawai Khas Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Kimberly Chin Cheng Theng dan wakil dari Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Zarul Azwan Adam di Komtar baru-baru ini.

9f8bcd83 c2b1 4b2e 8bd1 bbedf43ae865
Bercakap kepada Buletin Mutiara, Shivamalar mencadangkan beberapa penambahbaikan bagi memastikan penganjuran program akan datang lebih menyeluruh, berimpak dan mampu menonjolkan keunikan tersendiri.

“(Pihak) penganjur boleh mempertimbangkan untuk memasukkan elemen sukan sebagai salah satu pengisian program.

“Penglibatan sukan bukan sahaja menambah variasi aktiviti, malah boleh dijadikan platform untuk mengenal pasti dan membangunkan bakat atlet sejak usia muda.

“Selain itu, penyertaan juga boleh diperluaskan dengan memberi peluang kepada atlet, khususnya kanak-kanak bawah 12 tahun, sebagai pendedahan awal,” jelasnya.

Dalam pada itu, Cheng Teng turut menekankan kepentingan mempelbagaikan kategori dan syarat penyertaan agar hasil yang ditampilkan lebih segar dan berbeza daripada penganjuran sedia ada.

“Kepelbagaian kategori dan syarat mampu menghasilkan output yang lebih unik serta mencerminkan kreativiti peserta.

“Malah, pendekatan ini juga dapat memberi ruang kepada peserta untuk menonjolkan penguasaan kemahiran masing-masing, sekali gus melahirkan bakat yang benar-benar mahir dan berkualiti,” katanya.

Bagi Zarul Azwan, panel mencadangkan penilaian yang memberi fokus kepada penguasaan kemahiran atau ‘mastery of skill’ bagi melahirkan peserta yang benar-benar berkualiti.

“Pendekatan ini dapat memastikan peserta yang dipilih benar-benar mahir dalam kemahiran yang dipertandingkan.

“Secara tidak langsung, inisiatif ini sangat baik dan relevan dalam usaha memperkasa pembangunan bakat muda secara holistik,” tambahnya.

Berikut adalah senarai pemenang mengikut kategori peraduan :

Peraduan Bakat Si Cilik Mewarna 

  1. 1. Dayang Ameera Azmi
  2. 2. Ooi Wei Ern
  3. 3. Puteri Izzati Mohd. Fairuz
  4. 4. Kyle Yeow
  5. 5. Muhammad Abu Dzar Al-Ghifari Samsul Bahri
  6. 6. Nur Izzati Safia Mohamad Najib
  7. 7. Mohamed Raiqal Darwish Mohamed Sabeer
  8. 8. Nur Izarra Sofia Mohamad Najib

Pertandingan Melukis Poster 

  1. 1. Setor Ying Er
  2. 2. Joyce Ee See Zing
  3. 3. Suriati Mustafa @ Mamat

Tahniah kepada semua pemenang!