Sesi berdialog MPPP dengan peniaga tanpa lesen

Admin

 

GEORGE TOWN – Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan mengadakan sesi berdialog bersama peniaga-peniaga yang tidak memiliki lesen perniagaan tidak lama lagi.

Ahli Majlis MPPP, Ong Ah Teong dalam pada itu mengulas bahawa pertemuan bersama kira-kira 3,000 peniaga-peniaga tanpa lesen tersebut bakal membuka ruang kepada kedua-dua pihak mengemukakan dan menyuarakan pendapat serta pandangan bagi mengatasi dan menyelesaikan isu peniaga haram di sini.

Ia merupakan langkah proaktif bagi merangka jalan penyelesaian dengan mencapai kesepakatan yang bersifat menang-menang tanpa meminggirkan mana-mana peniaga,” ulas beliau.

Sesi dialog tersebut bukan sahaja melibatkan peniaga tanpa lesen dan MPPP malah turut melibatkan Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Tanah dan Daerah, Persatuan Penjaja Berlesen serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) bagi melihat isu tersebut dalam pelbagai sudut.