Kerajaan PR prihatin nasib penuntut

Admin

GEORGE TOWN – Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang amat prihatin dan mengambil berat akan nasib yang menimpa penuntut kelahiran Negeri Pulau Pinang yang menuntut di Mesir. Krisis yang berlaku di Mesir telah memaksa Kerajaan Persekutuan untuk membawa pulang penuntut Malaysia.

Keprihatinan dan kewibawaan Kerajaan Negeri terserlah apabila tampil mendahului memberi bantuan kewangan bagi membantu penuntut kelahiran Pulau Pinang menyambung semula pengajian yang tergendala akibat krisis yang melanda negara Timur Tengah itu.

Sebanyak RM318,000 telah diperuntukkan untuk membiayai tambang penerbangan kepada 318 penuntut. Selain itu, Kerajaan Negeri turut memberi imbuhan sebanyak RM2,000 kepada setiap penuntut yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), iaitu RM1,000 melalui dana Kerajaan Negeri dan RM1,000 lagi dari pihak Majlis Agama Islam.

Dalam ucapan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berharap agar tragedi di Mesir dijadikan azimat dan pemangkin untuk meneruskan pengajian dan lebih bersemangat juang dalam menzahirkan prinsip amar makruf nahi munkar dan berintergriti dalam hidup. Selain itu, beliau juga berharap agar prinsip CAT iaitu Cekap, Akauntable, Telus yang diamalkan oleh Kerajaan PR dijadikan tunjang dalam setiap urusan.