Sikap lepas tangan biar kenderaan susahkan semua pihak

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : LAW SUUN TING

GEORGE TOWN – Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Dr. Tan Kim Hooi menyeru orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya membiar atau meninggalkan kenderaan usang di lokasi awam ekoran tindakan tersebut bakal menyusahkan semua pihak.

Jelas beliau, sehingga kini, rekod kenderaan tidak dituntut yang ditempatkan di Jabatan Penguatkuasa MBPP, Jalan Timah adalah berjumlah 428 buah.

“ Daripada jumlah ini , sebanyak 304 buah adalah motosikal dan bakinya , kenderaan-kenderaan lain (124).

“Malah, daripada jumlah terbabit, sebanyak 40 buah telah dilupuskan, bakal dilupuskan setelah cukup tempoh 12 bulan (84),’’ katanya pada sidang media di sini baru-baru ini.

Menurut Kim Hooi, faktor yang mendorong kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada sikap lepas tangan pemilik terutamanya apabila sesebuah kenderaan hanya dibiarkan di sesebuah lokasi selepas mengalami kerosakan.

“Justeru, demi kepentingan semua, adalah dinasihatkan supaya mereka yang ingin melupuskan kenderaan, namun tidak mengetahui caranya boleh hadir ke Jabatan Penguatkuasa di sini (Jalan Timah) untuk dibantu MBPP,’’ jelas beliau.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, bagi prosedur penundaan dan pelupusan, kebiasaanya adalah MBPP akan menghubungi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu bagi mengesahkan pemilik kenderaan sebelum menghantar surat memohon pemilik menuntut semula.

“Di samping itu, MBPP juga berhak mengenakan kompaun sekiranya pemilik gagal menuntut kenderaan berkaitan selepas 14 hari,’’ tegas Kim Hooi.} else {