SUARA CAT dilancar

KETUA Menteri sambil ditemani barirsan kepimpinan Kerajaan Negeri meneliti penerbitan SUARA CAT pada majlis pelancarannya di sini barui-baru ini.
KETUA Menteri sambil ditemani barirsan kepimpinan Kerajaan Negeri meneliti penerbitan SUARA CAT pada majlis pelancarannya di sini barui-baru ini.

GEORGE TOWN – Bagi memantapkan penyebaran maklumat berhubung pengimplementasian polisi dan dasar kerajaan, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif khas untuk menerbitkan buletin SUARA CAT pada tempoh setiap dua bulan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, penerbitan ini adalah bertujuan memaklumkan dasar-dasar, polisi dan program-program semasa Kerajaan Negeri kepada seluruh rakyat Pulau Pinang.

Contohnya, hasil dari urus tadbir Kerajaan Pakatan Rakyat berdasarkan prinsip Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT), kita mampu memberi RM100 kepada setiap warga emas berusia 60 dan ke atas melalui Program Penghargaan Warga Emas sebagaimana yang dipaparkan di dalam keluaran edisi pertama SUARA CAT ini,’’ katanya pada sidang akhbar pengumuman penerbitan SUARA CAT di sini baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy dan Pengerusi Jawatankuasa. Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow.

Sementara itu, SUARA CAT akan diedarkan di seluruh negeri Pulau Pinang. Pada masa sama, naskah SUARA CAT juga boleh diperoleh di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing.

Selain mengetengahkan dasar, polisi dan program Kerajaan Negeri, SUARA CAT turut memberi peluang kepada anggota masyarakat untuk memberi maklum balas melalui ruangan disediakan. Semua maklum balas boleh dihantar ke Editor SUARA CAT, Tingkat 28, Komtar, 10503 Pulau Pinang atau emel, [email protected] .

APA KATA MEREKA :

 SUARA CAT merupakan salah satu cara untuk mengurangkan manipulasi media yang didominasi BN. Pada masa sama, SUARA CAT mampu memberi alternatif sampingan berhubung penyaluran maklumat dasar dan program-program yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri.

Aaron Ngui, 27, Pensyarah.

NOOR Faizal Musa.
NOOR Faizal Musa.

Sesuatu yang baru! Pendekatan memasukkan empat bahasa di dalam satu ‘suratkhabar’ memperlihatkan bahawa Kerajaan PR sentiasa memperjuangkan kepentingan rakyat tanpa mengira latar belakang, jantina dan etnik. Pada masa sama, penekanan yang diberikan adalah lebih berasaskan kepada maklum balas rakyat dan bukan hanya menfokuskan kepada aktiviti YB dan agenda politik sebagaimana dipraktikkan oleh media-media lain.

Noor Faizal Musa, 32, berniaga.

Menarik! SUARA CAT banyak menyelitkan gambar-gambar yang tidak membosankan para pembaca. Saya paling suka muka surat bahagian tengah yang memaparkan wajah-wajah serta kepelbagaian aktiviti rakyat Pulau Pinang. Sebagai tambahan, maklumat seperti pusat khidmat YB, nombor talian program saksama rakyat dan ruangan maklum balas membuka peluang untuk rakyat berinteraksi dengan pihak kerajaan.

K.Vijayarani, 53, penjaga tempat letak kereta.

K. Vijayarani.
K. Vijayarani.