JKKK ditambah bagi jayakan dasar kerajaan PR

GEORGE TOWN – Bagi memantapkan perancangan dan pelaksanaan pelan tindakan pembangunan di kelompok komuniti bagi membentuk masyarakat bersatu-padu yang mendukung dasar-dasar Kerajaan, Kerajaan Negeri telah meluluskan tambahan 142 kawasan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) pada suku ketiga tahun 2010.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di dalam ucapannya berkata bahawa dengan pertambahan tersebut, ia telah menjadikan keseluruhan JKKK Pulau Pinang berjumlah 291 kawasan.

Sebelum ini, iaitu terdapat 149 orang pengerusi JKKK yang telah dilantik bagi penggal 2009/2010 bagi kelima-lima daerah di Pulau Pinang.

Bagi memenuhi permintaan masyarakat setempat dalam menyelesaikan permasalahan dan mendapatkan maklumat-maklumat penting serta terkini secara terus, telus, berkesan, cepat, cekap dan efisien, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menambah 291 kawasan JKKK baru. Ini bermakna, jumlah kawasan JKKK kini mengikut kawasan adalah 57 orang bagi Daerah Timur Laut ; 18 (Barat Daya) ; 19 (Seberang Perai Utara) ; 33 (Seberang Perai Tengah) dan 15 (Seberang Perai Selatan),’’ katanya pada majlis Penyampaian Watikah Perlantikan JKKK Baru di Komtar di sini baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy dan barisan Exco negeri Pulau Pinang.

Turut dilancarkan pada majlis berkenaan adalah bukuManual Gerak Kerja JKKK Negeri Pulau Pinang yang memberi gambaran menyeluruh mengenai gerak kerja JKKK.

FUNGSI JKKK

1. Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pembangunan di kelompok komuniti atau kawasan-kawasan perumahan ke arah mewujudkan persekitaran komuniti perumahan yang maju, menarik dan menguntungkan semua lapisan masyarakat.

2. Menguruskan kemajuan dan keselamatan di kelompok komuniti masing-masing bagi membentuk masyarakat yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.

3. Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu melalui penyertaan aktif penduduk dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ke arah melahirkan masyarakat yang progresif dan mengamalkan nilai-nilai murni serta mendukung dasar-dasar dan harapan kerajaan.