Sumbangan kerusi roda – penantian empat tahun berakhir

TELOK AIR TAWAR – Penderitaan selama empat tahun dua warga emas yang mengalami kesukaran bergerak ekoran penyakit kencing manis berakhir apabila nasib mereka memperoleh perhatian daripada Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Air Tawar di sini baru-baru ini.

Hasil inisiatif khas, Pegawai Penyelaras DUN Telok Air Tawar, Salehin Mohamed telah menyumbangkan dua buah kerusi roda kepada Mohamad Hashim, 62, yang menetap di Flat Taman Tun Dr. Awang dan Ali Udin, 64, Kampung Pakcik Leh, Bagan Ajam.

Salehin berkata, selain kerusi roda, pihaknya turut menyumbangkan barangan dapur kepada kedua-dua warga emas berkenaan.

Sebagai Pegawai Penyelaras di kawasan ini, adalah menjadi kewajipan saya untuk meringankan beban dan juga penderitaan ditanggung para penduduk,’’ katanya di sini baru-baru ini.

Sementara itu, nasib seorang orang kelainan upaya (OKU) hanya dikenali sebagai Norizan, 45, turut memperoleh perhatian Salehin apabila pihaknya cuba membantu beliau mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pusat Khidmat DUN Telok Air Tawar

Pegawai Penyelaras : Salehin Mohamed

Pejabat Penyelaras KADUN Teluk Air Tawar

D/A Pejabat JKKK Bagan Ajam,

Taman Tun Dr. Awang (Hadapan Flat G),

Jalan Pantai Bersih,

Butterworth, Pulau Pinang.

017 – 427 1581

[email protected] ; [email protected]