Sumbangan RM4 juta kembang bakat anak P.Pinang dialu-alukan

Admin

O l e h : ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWNKerajaan Negeri Pulau Pinang mengalu-alukan sumbangan RM4 juta oleh Yayasan ECM Libra dan tiga individu lain bagi membina Pusat Pembelajaran Pulau Pinang (PLC) dan Akademi Badminton Pulau Pinang (PBA).

Mereka, Lim Kian Onn, Datuk Seri Kalimullah Hassan dan Datuk David Chua Ming Huat.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, partisipasi beberapa pihak berkenaan mungkin disebabkan status George Town yang diiktiraf oleh   ECA International sebagai bandar paling sesuai didiami di Malaysia, selain berada pada kedudukan ke-8 di Asia dan ke- 73 di peringkat global pada tahun 2012.

Pinang mengekalkan status terbaik (apabila) kami diiktiraf sebagai bandar raya paling sesuai didiami di Malaysia, maka (kemudahan) rekreasi dan pembelajaran diperlukan.

“Atas sebab ini, Pulau Pinang mengalu-alukan inisiatif sosial ini oleh ECM Libra dan tiga individu berkenaan,” ujar beliau di Komtar di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Lydia Ong Kok Fooi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N Rayer turut serta dalam sidang akhbar tersebut.

Difahamkan, rekod itu meletakkan Pulau Pinang lebih baik dari ibu negara Kuala Lumpur yang berada pada tangga ke-10 bandaraya paling sesuai didiami di peringkat Asia.

Menurut beliau, projek murni itu akan dibangunkan di atas 2.9 ekar tanah berhampiran Kampung Buah Pala di Seri Delima dan Bukit Gelugor di sini.

Projek tersebut dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.

Enam hingga lapan gelanggang badminton, perpustakaan A, tujuh kelas tuisyen serta kelas bahasa dan kantin antara komponen kemudahan dalam projek murni yang akan disediakan untuk seluruh rakyat Pulau Pinang.

Guan Eng yang juga ADUN Air Putih berkata, rakyat Pulau Pinang berpeluang untuk belajar bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin hatta Bahasa Tamil apabila projek murni itu siap sepenuhnya.

Justeru, beliau berharap kewujudan PLC dan BPA tersebut dapat melahirkan lebih ramai lagi jaguh dan tenaga pintar dalam kalangan anak Pulau Pinang.