Surat mohon lulus Jambatan Ketiga P. Pinang kepada PM 26 Mei

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri memohon Perdana Menteri supaya meluluskan projek pembinaan Jambatan Ketiga Pulau Pinang dari Persiaran Gurney ke Bagan Ajam, Seberang Perai Utara (SPU) dalam surat bertulis pada 26 Mei lalu lagi.

Mengulas lanjut, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng memberitahu, Kerajaan Negeri akan membiayai sepenuhnya kos pembinaan jambatan tanpa tol tersebut, yang dianggarkan kurang daripada RM2 bilion.

“Pembinaan jambatan ini dapat menjimatkan kos hampir RM2 bilion berbanding cadangan (asal) pembinaan Terowong Bawah Dasar Laut yang dibiayai sendiri oleh Kerajaan Negeri dengan kos RM3.7 bilion serta memerlukan konsesi kutipan tol selama 30 tahun,” jelasnya dalam sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Hock Seng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal pada 3 Ogos lalu turut memaklumkan kepada Kementerian Kerja Raya bahawa kajian kebolehlaksanaan projek terowong bawah dasar laut sedang siap mencapai kemajuan 83 peratus.

“Kerajaan Negeri berpandangan bahawa laporan kajian kebolehlaksanaan projek terowong bawah dasar laut ini tiada kaitan dengan kelulusan pembinaan Jambatan Ketiga,” ujar beliau.

Hock Seng memberi penjelasan itu kepada ADUN Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid yang juga Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang.document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);