Tanah perkuburan 226 tahun siap dinaiktaraf

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD

GEORGE TOWN – Tanah Perkuburan Protestan diasaskan Syarikat Hindia Timur Inggeris pada 1786 kini dibuka semula kepada umum setelah penyempurnaan kerja-kerja menaiktaraf dilaksanakan sejak Oktober tahun lalu.

Kerja-kerja menaiktaraf tanah perkuburan berusia 226 tahun yang menjadi tempat persemadian pengasas Pulau Pinang, Kapten Sir Francis Light itu menelan kos RM230,000, ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Think City Sdn. Bhd. (Think City) dan George Town World Heritage Incorporated (GTWHI).

Antaranya, melibatkan penyediaan laluan pejalan kaki baru, tempat duduk, meratakan tanah di kawasan yang rendah, memasang lampu solar LED, membina pondok, tempat letak basikal, membaiki tiang pagar yang rosak, membina parit, memasang papan tanda baru, membina penghadang laluan di pintu masuk, membaiki kubur-kubur yang rosak dan pemetaan kubur.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng ketika hadir ke Majlis Penyempurnaan Kerjakerja Menaiktaraf Tanah Perkuburan Protestan berkata, tanah perkuburan tersebut yang masih terpelihara sehingga ke hari ini.

“Terdapat 459 kubur di tapak ini yang masih terpelihara walaupun sebahagiannya telah musnah rentetan dibom oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Ke-Dua.

“Saya difahamkan hasil dari tinggalan batu nisan di sini, terdapat sekurangkurangnya 10 kumpulan etnik termasuk Armenia, Australia, Belanda, British, Ireland, Jerman, Perancis, Scotland, Amerika dan China.

“Sungguhpun tanah perkuburan di sini menjadi destinasi terakhir beberapa individu terkemuka, ia kini menjadi lokasi tarikan pelancongan yang unik dan penuh sejarah,” ujar beliau.

Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow; Exco Pembangunan Pelancongan, Law Heng Kiang; Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik; Setiausaha Perbandaran MPPP, Ir. Ang Aing Thye dan wakil-wakil dari GTWHI.

Serentak itu, Guan Eng bagi pihak Kerajaan Negeri menyeru semua pihak untuk samas ama memelihara , mempertahan dan mengabadikan aset-aset warisan demi penghayatan generasi akan datang.

Dalam pada itu, Pengurus Besar GTWHI, Lim Chooi Ping berkata, sehingga kini, pihaknya tidak mempunyai rekod lengkap berhubung tapak-tapak sejarah dan dalam usaha memeta, mendokumentasi dan menyediakan laporan kajian dilapidasi bagi semua aset warisan terutama di dalam