Tawakal dan kualiti intipati kejayaan pengusaha kek come

Admin
PAPAN tanda Kedai Kek Come.
PAPAN tanda Kedai
Kek Come.
KEK come yang telah siap dibakar.
KEK come yang
telah siap dibakar.

Oleh : YAP LEE YING

Gambar : ALISSALA THIAN

KEK come  adalah semolek namanya. Saiznya yang kecil dibungkus elok mampu menarik setiap mata memandang.

Sesuai dengan rasa manis lemak, kek come sesuai dijadikan hidangan bukan sahaja untuk tetamu yang bertandang ke rumah, malah, ia juga amat popular sebagai buah tangan majlis-majlis keraian.

Bagi merungkai rahsia di sebalik pembuatan dan pengeluaran oleh usahawan tempatan, skuad jalan-jalan Buletin Mutiara (BM) telah bertandang ke Kampung Sungai Setar, Batu 2, Jalan Sempadan, Sungai Acheh, Seberang Perai Selatan baru-baru ini.

Memasuki lorong kecil di celah-celah sungai dan sawah padi, bau marjerin dan tepung dibakar dapat dihidu di jalan besar lagi. Sinonim dengan nama produk, kedatangan kami disambut dengan penuh mesra oleh tuannya yang ‘come’.

SHAMSUL Bahrin Din dan Asfah Mohd. Shariff dengan hasil produk keluaran mereka.
SHAMSUL Bahrin Din dan Asfah Mohd. Shariff dengan
hasil produk keluaran mereka.

Perusahaan membuat kek come yang mendapat pasaran meluas di negeri ini diusahakan oleh pasangan suami isteri yang begitu peramah dan pemalu orangnya.

Perniagaan yang diusahakan sejak lima tahun lalu lazimnya bermula dari minat yang dipupuk sejak dari kecil. Malah, tidak dinafikan komitmen seorang isteri dan ibu turut menjadi daya pendorong kepada Asfah Mohd. Shariff, 44, untuk mencari rezeki dari rumah.

“Mak memiliki perniagaan keluarga dalam bidang ini. Sebab minat, selalu tolong mak buat kuih dan banyak belajar dari dia (mak).

“Kuih yang selalu dibuat mak adalah kuih samprit dan untuk resipi kuih-kuih lain, saya belajar sendiri dan ada yang rujuk pada internet, tak pernah pergi kursus pun,’’ katanya kepada BM di sini.

ASFAH Mohd. Shariff (kiri sekali) mengeluarkan kuih daripada acuan sambil dibantu salah sseorang pekerja.
ASFAH Mohd.
Shariff (kiri sekali)
mengeluarkan kuih
daripada acuan
sambil dibantu
salah sseorang
pekerja.

Sebelum berkecimpung dalam bidang perniagaan, Asfah merupakan seorang guru KAFA. Selepas melahirkan anak pertama, beliau merasakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab kepada dirinya untuk sentiasa berada di samping cahaya matanya.

Beliau kemudian meminta kebenaran daripada suaminya, Shamsul Bahrin Din, 40, yang merupakan seorang ustaz untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan pembuatan kuih. Pada peringkat permulaan, produk pengeluaran Asfah adalah terhad kepada 20 jenis kuih raya dan hanya dikeluarkan dua kali setahun iaitu menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Daya usaha pasangan tersebut kemudian berjaya memperoleh perhatian Jabatan Pertanian yang kemudian menggalakkan mereka untuk menghasilkan produk secara harian dan bukannya bermusim. Atas dedikasi diri untuk terus maju, pasangan tersebut telah menghadiri kursus pembuatan kek come dan hasilnya adalah amat memuaskan!

“Bagi memasarkan produk baru adalah tidak senang. Pada peringkat permulaan, kek come yang dihasilkan ditolak kepada sekolahsekolah mengikut jumlah balang yang diisi dan dibekalkan.

“Selepas beberapa bulan, kami merasakan bahawa corak pemasaran sedemikian adalah tidak sesuai dan pada masa itu, Alhamdullilah, barulah terfikir untuk buat cara pembungkusan secara pek disertai sedikit perhiasan riben bagi mencantikkannya,’’ jelas Shamsul Bahrin yang bertanggungjawab dalam bahagian pemasaran produk.

Kini, selain memasarkan sendiri (termasuk penghantaran) produk di pasaran tempatan, pemasaran produk As-Shams Enterprise (nama syarikat) turut dibantu dua syarikat pengedar di kawasan Kepala Batas, Serdang dan juga negeri Kedah.

Ketika diajukan pertanyaan berhubung kunci kejayaan perniagaan yang dijalankan, Asfah menyatakan bahawa ia adalah bergantung kepada kualiti produk.

“Persaingan memang banyak, tetapi kami anggap masingmasing adalah rezeki dan tawakal. Malah, kualiti kuih perlu dijaga bagi memenuhi citarasa dan permintaan pelanggan,’’ ujar beliau sambil menjelaskan bahawa tempoh ketahanan kek come keluarannya adalah selama dua minggu.

Bagi perancangan masa depan, Shamsul Bahrin menjelaskan bahawa beliau berharap dapat meningkatkan kreativiti dan teknik pembungkusan kek come bagi menarik lebih ramai pelanggan di dalam dan juga luar negara.

PRODUK kuih raya yang siap dibungkus.
PRODUK kuih raya
yang siap dibungkus.