Lama web baru muzium negeri informatif dan interaktif

Admin

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

GEORGE TOWNLembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang (LMBSLNPP) melangkah setapak lagidengan pelancaran laman web baru yang memperlihatkan pembekalan maklumat lebih terkini, pendekatan lebih interaktif dengan orang awam serta himpunan koleksi unik di Balai Seni Lukis Negeri, Dewan Seri Pinang di sini baru-baru ini.

Pengerusi LMBSLNPP merangkap Exco Perancang Bandar dan Desa, Perumahan dan Kesenian, Wong Hon Wai berkata, selaras dengan moto LMBSLNPP, Pendidikan Muzium Untuk Semua, peranan kita (LMBSLNPP) adalah untuk memberi pendidikan tidak formal berkaitan seni, sejarah, warisan, malah, juga berkongsi maklumat yang telah didokumentasi kepada masyarakat terutamanya golongan pelajar.

“Hebahan maklumat secara lengkap dan tersusun ini membolehkan masyarakat meneroka secara maya fungsi jabatan.

“Malah, dengan pelancaran laman web baru, http://www.penangmuseum.gov.my yang membekalkan maklumat tekini dan pendekatan lebih interaktif kepada orang awam, ia mampu mematarbatkan lagi peranan muzium dalam kalangan masyarakat umum,’’ katanya pada ucaptama Majlis Pelancaran laman Web LMBSLNPP di sini baru-baru ini.

Turut diadakan adalah upacara penyampaian 1,200 buku kepada 1,100 buah sekolah di seluruh negeri Pulau Pinang hasil terbitan LMBSLNPP.

Dalam pada itu, Hon Wai turut mengumumkan perpindahan pejabat pengurusan LMBSLNPP dari Dewan Sri Pinang ke Bangunan 57, Jalan Macalister di sini yang lebih selesa dengan inisiatif juga untuk mewujudkan sebuah pusat penyelidikan.

Mengulas mengenai Projek Jejak Arca Pulau Pinang, beliau memberitahu bahawa ia bagaikan sebuah ‘rumah tamu’ bagi seseorang artis.

“Projek tersebut dapat memberi ruang dan peluang kepada peminat seni untuk hadir sama menyaksikan bagaimana sebuah karya diproses dari awal hingga siap,’’ ujarnya.

Sementara itu, Kurator LMBSLNPP, Haryany Mohamad menyatakan bahawa penyampaian 1,200 buah buka kepada sekolah-sekolah adalah julung kali diadakan selepas 47 tahun penubuhan muzium.

“Beberapa aktiviti seperti pertandingan melukis dan pameran muzik dalam perancangan pihak pengurusan bagi mendekatkan masyarakat dengan institusi muzium,’’jelasnya.

ANTARA hasil seni yang dipamerkan di Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang.
ANTARA hasil seni yang dipamerkan di Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau
Pinang.