Terima kasih Pekerja 3D – Guan Eng

SEMANGAT MERDEKA & SEKALUNG PENGHARGAAN… Tiada golongan yang dipinggir dan terpinggir di Pulau Pinang.

Sejak tahun 2008 di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan, penghargaan bukan hanya diberikan kepada barisan pentadbiran, malah juga kepada Pekerja-pekerja Am 3D (sukar (difficult), bahaya (dangerous) dan kotor (dirty)) pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Terima kasih kepada mereka (Pekerja Am 3D) kerana usaha mereka telah menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang bersih, hijau, sihat dan selamat.

“Kerajaan Negeri memandang berat serta menghargai usaha keras mereka (Pekerja Am 3D), bukan macam dulu (kerajaan Barisan Nasional, BN terdahulu), tidak pernah memberi pengiktirafan.

“Kini, Kerajaan Negeri Pakatan Harapan memberi pengiktirafan kepada mereka kerana melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan cemerlang,” ujar Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng sambil tidak melepaskan peluang bergambar dengan beberapa kakitangan 3D bersempena penganjuran amal, FMM-OCBC Heritage Walk & Cycle yang berlangsung di Occupy Beach Street, 28 Ogos lalu di sini.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);