Terusan bakau Sia Boey singkap sejarah laluan kapal pedagang

SINGKAP SEJARAH SIA BOEY… Penemuan sebuah terusan lama menggunakan struktur kayu bakau dekat Sia Boey, George Town baru-baru ini menyingkap susur sejarah yang tidak pernah didokumentasikan sebelum ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng ketika mengadakan kunjungan ke tapak penemuan tersebut pada 29 Julai lalu berkata, ia merupakan sesuatu yang baharu dan mempunyai nilai sejarah yang perlu diketengahkan.

Turut ditemui beberapa artifak yang dipercayai serpihan tembikar. Hadir sama pada lawatan berkaitan, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow dan Pengurus Besar George Town World Heritage Incorporated (GTWHI), Dr. Ang Ming Chee.

Sia Boey yang membawa maksud ‘Penghujung Kota’ adalah tapak pasar lama terletak berhampiran Komtar.

Sebelum pertengahan kurun ke-19, kawasan tersebut merupakan Terusan Prangin yang menjadi laluan kapal pedagang.

document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);