Tmn. Kejiranan Island Glades beri keselesaan komuniti setempat

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF
Gambar : ALISSALA THIAN

SERI DELIMA – Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memperuntukkan lebih RM100,000 bagi menaiktaraf
pelbagai kemudahan    infrastruktur di Taman Kejiranan Island Glades di sini demi keselesaan penduduk setempat.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, penaiktarafan tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif Pulau Pinang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat yang dilancarkan Kerajaan Negeri sejak 22 Mei 2010 dalam menjadikan negeri ini sebuah bandar mampan yang selesa didiami.

“Syabas! Ini adalah salah satu lagi kejayaan MPPP dalam mentransformasikan Pulau Pinang menjadi sebuah bandar
hijau yang mampan.

“Misi hijau ini dilancarkan empat tahun lalu dengan satu harapan iaitu untuk mengubah Pulau Pinang kepada sebuah bandar yang selesa didiami dan mampan.

“Perubahan ini secara tak langsungnya akan menggerakkan semangat komuniti dan kejiranan setempat ke arah hidup yang lebih sihat,” ucapnya pada Majlis Perasmian Taman Kejiranan Island Glades di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N. Rayer, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, Setiausaha Perbandaran, Ir. Ang Aing Thye dan Pengarah Rekreasi, Pelancongan dan Perhubungan Antarabangsa MPPP, Mohamed Akbar Mustapha.

Projek naiktaraf berkenaan adalah melibatkan pembinaan laluan pejalan kaki baru, pembaikan pagar steel mesh sedia ada, pemasangan peralatan senaman serta permainan kanak-kanak berintegrasi, penanaman pokok-pokok teduhan dan pengindahan ‘softscape’ taman.

Dalam pada itu, Ramkarpal dalam ucapannya memuji kesungguhan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan ADUN kawasan (R.S.N. Rayer) terhadap kesungguhan pihak-pihak berkaitan membawa pelbagai perubahan positif kepada penduduk setempat.

“Banyak perubahan dapat dilihat . “Kita akan lakukan lebih banyak penambahbaikan ke arah meningkatkan kualiti hidup dan kebajikan masyarakat pada masa akan datang,” ujar beliau.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);