Tanam sayur organik, kurang kos sara hidup

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

Gambar: SOON LIP CHEE

JAWI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Soon Lip Chee berhasrat menjadikan beberapa lokasi dalam kampung sekitar sini sebagai kawasan pertanian bandar menggunakan teknologi organik dan menjalar.

“Sememangnya teknologi organik dan menjalar masih baru di negara ini, tetapi hasil inisiatif JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti) Kampung Sanglang, kita akan mengorak langkah menjadi perintis projek pertanian bandar di Jawi ini.

“Walaupun aktiviti penanaman sayur memerlukan kesabaran dan minat tinggi, ratarata penduduk kampung terutama suri rumah mengakui usaha ini dapat membantu mereka menangani beban sara hidup yang kian meningkat selain membantu memulihkan tanah daripada penggunaan bahan-bahan kimia iaitu sifar racun serangga,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Projek Pertanian Bandar JKKK Sanglang di sini baru-baru ini.

Turut serta, wakil-wakil dari Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang dan wakil LA21 di bawah Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Menerusi projek tersebut, pelbagai jenis sayuran ditanam antaranya bayam, sawi, kucai, musk melon, timun dan petola.document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);