Trek balapan Stadium Bandaraya kini dibuka kepada umum

Admin
d002606d 51ab 4ddb 8d51 0cf81e2cf740

DATUK KERAMAT – Penggunaan trek balapan di Stadium Bandaraya Pulau Pinang kini dibuka kepada umum secara percuma.

32669684 cdfb 4b25 84fd 35c38b570623
HONG Wai (kiri) dan Rajendran semasa sesi sidang media pembukaan trek balapan dekat sini semalam.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Dato’ Ir. A. Rajendran berkata bahawa usaha tersebut adalah bertujuan membuka ruang bersenam pada waktu malam kepada umum secara amnya.

“Ekoran permintaan ramai yang mahu trek balapan dibuka, maka pihak Majlis secara rasminya telah membuka kepada umum setiap hari secara percuma.

“Bagi yang bekerja mengikut waktu pejabat dan masih ingin menjalankan aktiviti beriadah, anda boleh berkunjung ke stadium bermula jam 5 petang sehingga 7.30 petang dan jangan lupa mengimbas kod QR di hadapan pintu utama.

efa6e209 0b60 4e59 8886 3e4ba85c2350“(Dan) ingin saya maklumkan bahawa penggunaan trek larian sahaja dibenarkan, aktiviti latihan atau larian di kawasan padang adalah tidak dibenarkan sama sekali,” jelasnya pada sesi sidang media dekat sini 26 Mei lalu.

Turut hadir, Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Mozakir Buyong Mokhtar serta barisan Ahli-ahli Majlis MBPP.

whatsapp image 2025 05 26 at 18.06.28 (1)Mengulas lanjut, Rajendran turut menegaskan mengenai penjagaan kebersihan kawasan trek serta tidak menimbulkan sebarang kacau ganggu.

“Majlis akan membuat jadual hebahan jika ada tempahan kegunaan dalam tempoh dua minggu sebelum, jadi orang awam boleh melihat makluman-makluman berkaitan laman media sosial MBPP.

“Hanya aktiviti beriadah, bersantai dan berjogging dibenarkan, malah orang awam juga dinasihatkan untuk memakai kasut yang bersesuaian sahaja.

whatsapp image 2025 05 26 at 18.06.25“Jika ada sebarang pertanyaan lanjut mengenai tempahan, boleh hubungi Unit Tempahan Jabatan Pengurusan Korporat dan Komuniti di talian 04-2262385.

Sementara itu, Hon Wai turut memuji usaha pihak MBPP yang merealisasikan cadangannya untuk
membuka trek larian di Stadium Bandaraya.

“Pembukaan trek balapan ini dianggap sebagai menempa detik sejarah dek bilangan trek larian yang sedikit sekitar kawasan George Town.

whatsapp image 2025 05 26 at 18.06.26Sebagai pelari juga, saya turut merasakan bahawa tempat larian tidak begitu banyak di bahagian pulau, maka dengan pembukaan stadium ini, lebih ramai pelari akan datang berlatih di sini.

“Jika tidak datang untuk berlari, boleh juga membawa anak-anak untuk beriadah, tidak semestinya hanya untuk ‘serious runner’,” katanya.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL
Gambar : SITI NURATIKAH RAHMAT