Tunda kenderaan selepas 5 petang, saran guna CAT Hospital untuk urusan

1f79cddd c577 43ad 944c e47e790a5e4f
GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan mengambil tindakan lebih tegas kepada pengguna yang meletakkan kenderaan di bahu Jalan Residensi terutamanya selepas jam 5 petang.
a47f78a1 555c 45be a0c5 81ffd86e5405
Menurut Datuk Bandar MBPP, Dato’ Ir. A. Rajendran, pihaknya memahami kekurangan lokasi parkir di kawasan tersebut akibat kerja-kerja naik taraf melibatkan Hospital Pulau Pinang.
Namun katanya,pada masa yang sama MBPP tidak boleh berkompromi sekiranya kenderaan diletakkan terlalu menghalang lalu lintas terutamanya selepas jam 5 petang.
240b8f35 3ae7 4acb abb5 483f970aefa1 569d69fb 1b42 4063 b24d 60c9abafbcff
“Sejak tahun lepas lagi masalah ini berlaku, kita bertolak ansur kerana memahami kekurangan parkir di situ tetapi tindakan juga perlu diambil.
“Sejak sebulan lepas, selepas jam 5 petang kita akan ambil tindakan lebih tegas kerana itu adalah waktu puncak yang mana aliran trafik sangat tinggi apabila semua orang pulang dari tempat kerja.
“MBPP perlu tegas pada satu-satu masa, tambahan pula ia melibatkan gangguan keselamatan, kena ambil tindakan,” tegasnya dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Biasa Majlis Bilangan 3 Tahun 2026 di Dewan Bandaran, Padang Kota di sini pada 27 Februari 2026.
Difahamkan pihaknya meletakkan perimeter kira-kira 400 meter sepanjang Jalan Residensi hingga Jalan Vermont, sekiranya melebihi had tersebut tindakan tegas akan diambil.
Ulasnya lagi, sekiranya pukul 5 petang masih ada kenderaan di kawasan terbabit, pihak MBPP akan tunda dan bawa ke Jalan Sepoy Lines.
“Sekiranya selepas 7 petang masih tidak ambil kita akan bawa ke pejabat penguat kuasa di Jalan Timah,” jelasnya lagi.
74231f3a 92ff 4d00 ac7f 63e398f7687d
Sementara itu Ahli Majlis MBPP, Tan Soo Siang berkata, sebagai menangani masalah tersebut, MBPP sudah memperkenalkan perkhidmatan bas percuma CAT Hospital.
Bas tersebut boleh digunakan oleh semua termasuk kakitangan hospital bagi mengelakkan kebanjiran kenderaan persendirian di kawasan berhampiran hospital.
Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : MBPP