Turap jalan dan potong pokok demi keselesaan penduduk Taman Reservoir

Admin
img 2969

PRIHATIN… Pejabat Ahli Parlimen Bukit Bendera memperuntukkan sejumlah RM43,869.50 bagi menurap jalan di Taman Reservoir dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Air Putih demi keselesaan penduduk di kawasan berkaitan.

 

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Lim Guan Eng pula turut memperuntukkan sejumlah RM9,880 bagi kerja-kerja pembersihan dan pemotongan pokok dekat kawasan cerun bukit di belakang Reservoir Cresent.

 

“Keseluruhan peruntukan yang disalurkan adalah kira-kira RM55,000 yang disumbangkan secara usaha sama oleh Pejabat Parlimen (Bukit Bendera) dan ADUN Air Putih.

 

“Peruntukan yang disalurkan ini adalah untuk manfaat penduduk setempat supaya mereka hidup lebih selesa dan selamat,” ujar Guan Eng kepada pemberita dalam sesi lawatan ringkas dekat belakang Reservoir Cresent di sini pagi tadi.

 

Hadir sama, ADUN Air Itam, Joseph Ng Soon Siang;Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid dan pengurusan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setempat.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD