Watikah jemputan SUKMA Pahang di P. Pinang

Admin
SEBAHAGIAN peserta yang menyertai D’Nonce Penang International Hiking Challenge di sini baru-baru ini.
SEBAHAGIAN peserta yang menyertai
D’Nonce Penang International Hiking
Challenge di sini baru-baru ini.

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

GEORGE TOWNBagi menambah bahang kerancakan penganjuran Kejohanan Sukan Malaysia XV Pahang (SUKMA) 2012 yang bakal diadakan pada 7 hingga 16 Julai ini, rombongan disertai 84 wakil penganjur dengan sendirinya ‘turun padang’ bagi menyampaikan watikah jemputan kepada kontinjen negeri di sini baru-baru ini.

Program dikenali Kembara Jelajah SUKMA Pahang 2012 adalah julung kali diadakan. Malah, ia turut dimeriahkan dengan penyertaan penunggang motorsikal berkuasa tinggi.

Semua peserta jelajah tiba di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) dengan disambut meriah oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Lydia Ong Kok Fooi, Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP), Leong Then Choon serta pasukan kerja MSNPP.

Kok Fooi berkata, kehadiran kembara jelajah melambangkan persahabatan yang terjalin di antara negeri-negeri yang bakal berentap di dalam kejohanan berkenaan.

“Atlit-atlit mewakili negeri masing-masing di seluruh Malaysia akan bersaing dalam pelbagai jenis sukan untuk meraih seberapa banyak pingat yang mungkin. SUKMA merupakan platform amat penting untuk kita menjalinkan hubungan persahabatan serta silaturahim antara semua negeri melalui sukan,’’ katanya pada Majlis Sambutan Kembara Jelajah SUKMA Pahang 2012 di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, di samping itu, para atlet juga berpeluang bergaul dan menguji sebaik manakah tahap kreadibiliti masing-masing.

“Sememangnya kontinjen Pulau Pinang telah bersedia. Mereka (atlit) kini menjalankan latihan sepenuh masa. Pulau Pinang bersama MSNPP kini di peringkat akhir bagi proses penyenaraian atlit-atlit yang bakal bertanding di SUKMA.

“Malah, Pulau Pinang juga akan melakukan satu program ‘Countdown’ khas sempena SUKMA Pahang yang bakal berlangsung kelak. Pada penganjuran berkenaan, senarai nama atlit yang layak akan diumumkan” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail yang turut serta dalam sesi rombongan terbabit berkata, sehingga kini, hampir 70 peratus persediaan telah siap dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri Pahang.