Warga emas P. Pinang terima RM1,100 setiap tahun jika PR ke Putrajaya

Admin
PARA Ibu tunggal dan warga emas bergambar kenang-kenangan selepas selesainya Majlis Penyampaian Sumbangan Program Warga Emas dan Ibu Tunggal Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah di sini.
PARA Ibu tunggal dan warga emas bergambar kenang-kenangan selepas
selesainya Majlis Penyampaian Sumbangan Program Warga Emas dan Ibu
Tunggal Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah di sini.

 

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

TASEK GELUGOR – Pakatan Rakyat berjanji menyumbang RM1,000 setiap tahun kepada kira-kira 2.1 juta warga emas di negara ini sekiranya mendapat mandat menubuhkan kerajaan pusat pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU ke- 13) nanti, kata Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, “Tawaran Jingga” itu adalah komitmen bersama DAP, PKR dan PAS sebagaimana yang diumumkan oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengulangi iltizam politik itu pada Majlis Sumbangan RM100 Kepada Warga Emas dan Ibu Tunggal Peringkat Seberang Perai Utara (SPU) anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

“Dengan lebihan kewangan, sungguhpun sumber kita (Kerajaan Negeri Pulau Pinang) terhad, kita menyumbang RM100 (kepada warga emas) tiap-tiap tahun.

“Sekiranya berlaku perubahan di Putrajaya, 2.1 juta warga emas di tanah air ini, tiap-tiap tahun akan terima RM1,000 daripada kerajaan pusat seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (Anwar).

“RM100 tetap diterima oleh Kerajaan Negeri ‘berjiwa rakyat’ (Pulau Pinang) ini, tambah RM1,000 lagi hasil sumbangan kerajaan pusat,” ujar beliau di depan hampir 500 hadirin di Dewan Besar Sungai Dua dekat Parlimen Tasek Gelugor di sini.

Hadir bersama pada majlis itu, Lim Hock Seng (Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan), A. Tanasegaran (Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam) dan Jusni Ismail (Pegawai Daerah Seberang Perai Utara).

S A L A H s e o r a n g p e n e r i m a sumbangan K e r a j a a n N e g e r i P e r i n g k a t D a e r a h S e b e r a n g Perai Selatan b e r j a b a t t a n g a n dengan Ketua Menteri.
S A L A H
s e o r a n g
p e n e r i m a
sumbangan
K e r a j a a n
N e g e r i
P e r i n g k a t
D a e r a h
S e b e r a n g
Perai Selatan
b e r j a b a t
t a n g a n
dengan Ketua
Menteri.

 

Difahamkan, warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) di negeri berkenaan yang mendaftar dengan Kerajaan Negeri menerima sumbangan RM100 tiap-tiap tahun.

Itu, tidak termasuk sumbangan “ one-off” anak baru lahir RM200 melalui Program Anak Emas bermula sejak tahun lepas.

Sehingga Mac lepas, kira-kira 7,079 ibu tunggal telahpun mendaftar dengan Kerajaan Negeri untuk menerima sumbangan.

A N T A R A p e n e r i m a yang hadir pada Majlis Penyampaian Sumbangan P r o g r a m W a r g a Emas dan Ibu Tunggal P e r i n g k a t Daerah Timur Laut di sini.
A N T A R A
p e n e r i m a
yang hadir
pada Majlis
Penyampaian
Sumbangan
P r o g r a m
W a r g a
Emas dan
Ibu Tunggal
P e r i n g k a t
Daerah Timur
Laut di sini.