Zakat MAINPP yakin mampu capai kutipan RM200 juta bagi tahun 2025

img 8526

PERAI – Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) yakin untuk mencapai sasaran kutipan zakat 2025 sebanyak RM200 juta

Menurut Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid, perkara tersebut berdasarkan kutipan bulanan melebihi RM15 juta sebulan sehingga Oktober lalu.

“Kita harapkan dalam berbagi dua bulan ini, sasaran untuk kita capai RM200 juta bagi kutipan 2025 ini  dapat dicapai.

“(Dan) akhirnya dapat kita pulangkan kembali kutipan zakat ini kepada asnaf-asnaf bagi pembangunan asnaf-asnaf berdasarkan kepada Agenda Pembangunan Agama Islam 2030,” ujarnya pada Majlis Apresiasi Guru Agama, Guru Al-Quran dan Anugerah Wakil Kutipan 2025 di sebuah hotel dekat Perai di sini pagi tadi.

Jelasnya faktor-faktor mempengaruhi kutipan tersebut termasuklah melantik wakalah (wakil kutipan) daripada swasta serta keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang

Melalui Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang juga menetapkan orang yang mencari rezeki di Pulau Pinang ini wajib membayar zakat di Negeri Pulau Pinang kerana masih lagi ada asnaf-asnaf fakir dan miskin di Negeri Pulau Pinang.

“Itu yang diperkatakan, yang diputuskan oleh jawatankuasa fatwa berkaitan dengan hukum memindahkan zakat ke negeri lain dalam keadaan kita ada asnaf fakir dan miskin.

“Jadi atas kesedaran ini, kita nampak ramai yang mungkin sebelum ini membayar ke negeri lain sudah mula membayar di negeri Pulau Pinang,” ulasnya lanjut.

Pada majlis terbabit, seramai 429 orang guru agama menerima insentif RM1,000 dan 1,304 guru Al-Quran (RM800).

img 8552

Majlis tersebut turut menyampikan Anugerah Prestasi Kutipan Terbaik; Anugerah Kutipan & Agihan Terbaik, Anugerah Pengurusan Terbaik dan Inovasi; Anugerah Kutipan Zakat Paling Aktif serta Anugerah Dakwah Zakat Terbaik bersama pemberian saguhati RM500.