Fokus IKRAM Islah demokrasi – Ir. Jamaluddin Abdullah

SABITAN bersalah ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Februari lepas di Mahkamah Tinggi Persekutuan turut mendapat reaksi langsung daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

Sambil melahirkan rasa simpati kepada keluarga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkenaan, Presiden IKRAM, Ustaz Dr. Mohd. Parid Sheikh Ahmad dalam kenyataannya pada 12 Februari lepas menasihatkan rakyat supaya bersabar untuk menegakkan kebenaran dalam proses demokrasi tanah air ini.

“IKRAM berharap rakyat terus bersabar dan meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran. “IKRAM ingin memperingatkan bahawa segala kebenaran akan digambarkan oleh Allah Subhanahu wa Taala di Mahkamah Agung-Nya di mana tiada apa yang boleh disembunyikan,” jelas Dr. Mohd. Parid.

Kenyataan tersebut menggamit perhatian banyak pihak, sehingga ada yang bertanya, apakah IKRAM ini adalah sebuah pertubuhan politik? Ikuti wawancara wartawan akhbar Buletin Mutiara (BM), ZAINULFAQAR YAACOB dengan Yang di-Pertua IKRAM Pulau Pinang, Ir. Jamaluddin Abdullah, 50, (JA) di pejabatnya di sini baru-baru ini. BM : Adakah IKRAM ini sebuah pertubuhan politik?

JA : Bukan pertubuhan politik, tapi sebuah NGO dakwah, tarbiyyah dan kebajikan. IKRAM ini adalah pertubuhan yang prihatin dengan kehidupan bermasyarakat, sejajar dengan cara hidup Islam, berlandaskan kepada Al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qias. IKRAM ini ditubuhkan pada 22 Oktober 2009, dengan keahlian kirakira 5,500 di peringkat nasional, yang mana mereka ini terdiri daripada pelbagai pertubuhan, antaranya, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Musleh, Aqsa Syarif, Medical Interest Group (MIG), Majlis Syura Muslimun (MSM) UK dan Ireland (kini dikenali IKRAM UKE) dan Persatuan Islam Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Australasia (AUSIS). Di Pulau Pinang, kita ada 652 ahli Fokus IKRAM Islah demokrasi – Ir. Jamaluddin Abdullah IKRAM sekarang. Dato’ Mohd. Rashid Hasnon (Timbalan Ketua Menteri I), Mohd. Tuah Ismail (Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri Pulau Betong), Mohd Bakhtiar Wan Chik (Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang, MPPP) merupakan antara ikon pertubuhanpertubuhan yang saya sebutkan tadi, kini, mereka aktif dalam organisasi parti politik dan Kerajaan Negeri di Pulau Pinang.

Seorang lagi, Syed Ibrahim Syed Noh di Selangor, iaitu bekas Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MAFREL) pun kini menyertai sebuah parti politik di Selangor.

IKRAM dianggap sebagai pertubuhan politik mungkin kerana ada begitu ramai bekas ikon pertubuhan-pertubuhan tersebut kini aktif dalam wadah politik.

Bagaimanapun, IKRAM sehingga kini secara langsung menyertai MAFREL.

Ini, berdasarkan (resolusi) kita, iaitu “berjuang melalui proses demokrasi dengan pendekatan aman serta menolak sebarang bentuk keganasan”, yang diluluskan dalam Dewan Perwakilan Nasional (DPN) pada bulan Disember tahun lepas.

BM : Adakah reaksi kepada isu Anwar Ibrahim ini berpijak pada resolusi DPN ini?

JA : Sebelum Anwar ke penjara lagi pun, IKRAM telah menyertai MAFREL kerana komitmen kita dalam memulihkan sistem demokrasi ini.

Ini amalan Islam sebagaimana dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “…Dan sekiranya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadah orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah…” [Surah Al-Hajj: 40] Inilah, maksud “semak dan imbang”, inilah Islah (pemuliharaan) demokrasi.

IKRAM mahu terus berperanan sebagai NGO yang bebas (serta menjadi) agen semak dan imbang kepada semua pihak, tanpa mengira ideologi politik.

Sebagai contoh, IKRAM baru-baru ini memberi nasihat secara langsung kepada seorang pemimpin Kerajaan Negeri untuk memberi nasihat berhubung pandangan salah non-Muslim dalam isu kewajipan wanita Islam memakai tudung.

Yang paling penting bagi IKRAM adalah Malaysia terus aman, menjunjung syiar Islam serta memulihkan sistem demokrasi yang lebih sihat dan adil, sebagaimana dijamin dalam Perlembagaan Malaysia, walaupun kita rakyat majmuk.

BM : Selain usaha memulihara sistem demokrasi, apa lagi aktiviti IKRAM?

JA : Dari segi dakwah, IKRAM melalui Hidayah Centre giat melaksanakan dakwah kepada nonMuslim di Pulau Pinang ini.

Selain itu, kita ada juga buat Street Dakwah dengan kerjasama beberapa NGO lain, serta Pejabat Exco Hal Ehwal Agama Islam (Dato’ Abdul Malik Abul Kassim).

Kita juga ada mengadakan beberapa majlis penerangan mengenai keindahan Islam. Majlis penerangan (NGO) ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) mengenai status qazaf dalam isu Datuk Seri Anwar Ibrahim pun, kita (IKRAM) sertai baru-baru ini di Pulau Pinang.

Usrah, muqayyam (perkhemahan), ijtimak (perhimpunan ahli), majlis ilmu, qiyammullail (membangunkan malam dengan ibadah), daurah (program latihan) antara tarbiyyah IKRAM untuk membentuk jatidiri 16 – 31 Mac, 2015 23 ahli.

Kebajikan, macam misi bantuan banjir ke Kalantan, kita buat barubaru ini. Selain itu, kita anjur Bingkisan Ramadan untuk fakir miskin, program membela OKU (orang kurang upaya) dan banyak lagi.

Kita juga ada program pendidikan, iaitu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Al-Itqan di Teluk Kumbar. Satu lagi, Sekolah Tahfiz Arab Al-Islah di Tasek Gelugor.

Nak sertai IKRAM mudah, hanya isi borang pertubuhan sahaja atau datang ke pejabat pertubuhan di NO. 21, Tingkat 2, Lorong Kelasah 1, Taman Kelasah dekat Seberang Jaya.

BM : Sebagai akhir, apa harapan IKRAM khususnya di Pulau Pinang?

JA : Sebagai NGO dakwah, kita berharap suatu peruntukan daripada bukan sumber zakat boleh disalurkan kepada IKRAM untuk membantu pembangunan pendidikan dan dakwah kami, sebagaimana yang selalu dibincangkan dengan wakil Kerajaan Negeri.

Sesungguhnya, IKRAM senantiasa berusaha untuk mendaulatkan Islam di Malaysia pada tahun 2020, iaitu Islam sebagai rahmatulil’alamin (Rahmat Ke Seluruh Alam).

Sebab itu, IKRAM begitu komited dalam memulihkan sistem demokrasi tanah air supaya lebih sihat dan adil.

Kita sangat memahami realiti Pulau Pinang yang majmuk, dan akan terus berusaha untuk mendidik masyarakat mengenai keindahan nilai Islam yang sebenar melalui pendekatan dakwah, tarbiyyah dan kebajikan.

BIODATA: Ir. Jamaludin Abdullah, merupakan Jurutera Perunding Profesional merangkap Pengarah Urusan Ilham Jurutera Sdn. Bhd.. Beliau sudah berkeluarga dan mempunyai tujuh cahaya mata. “Amal Islami, buat baik dengan semua orang” merupakan prinsip hidup personaliti dakwah berkenaan.