Keahlian Briged Wanita bantu kuasakan wanita & negeri

Admin

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

AIR ITAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wai berharap penubuhan Briged Wanita di Kampung Melayu di sini mampu memainkan peranan penting dalam membantu Kerajaan Negeri memperkuasa dan memberdayakan wanita di Pulau Pinang amnya.

Beliau berkata demikian ketikamenyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Pelancaran Briged Wanita Kampung Melayu di sini baru-baru ini.

“Saya berharap dengan adanya Briged Wanita di sini, ia mampu menyumbang kekuatan untuk memperhebatkan hebahan berkaitan Program-program Emas Kerajaan Negeri.

“Kita mesti tunjukkan bahawa wanita boleh, berpotensi, ada keyakinan diri serta kemampuan untuk membuat perubahan,” ucapnya.

Pada majlis tersebut, Hon Wai turut meluangkan masa mengedarkan borang Programprogram Emas Kerajaan Negeri dan borang pendaftaran Briged Wanita kepada hadirin yang hadir.

Dalam pada itu, beliau mensasarkan penyertaan sehingga 300 ahli Briged Wanita di DUN Air Itam untuk membantu pelaksanaan
beberapa objektif sama ada berhubung kepentingan wanita mahupun negeri.

“Wanita yang berusia 18 tahun dan sehingga 60 tahun serta bermastautin di negeri ini digalakkan untuk menyertai briged ini.

“Mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran di Pusat Khidmat saya di sini,” ujar beliau.