KM garis tiga pendekatan lahir golongan belia berbakat

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF PANTAI JEREJAK – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menggariskan tiga pendekatan dalam usaha melahirkan golongan belia yang mempunyai bakat dan kemahiran.

Katanya, belia merupakan masa depan negara, pembangunan golongan berkaitan adalah sangat penting untuk masa depan sesebuah negeri.

“Pertama, pembelajaran secara berterusan. Lebih banyak anda (belia) belajar, lebih banyak yang akan anda dapat.

“Kedua, jangan pernah mempunyai sikap putus asa terutamanya dalam mendapatkan apa yang dicita-citakan.

“Dan ketiga, kongsikan kejayaan dengan insan lain di sekeliling kita. Ini akan mendorong semangat kepada insan lain untuk sama-sama berjaya,” ujarnya ketika merasmikan Karnival Belia anjuran Penang Youth Development Corporation (PYDC) dan GPEX di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang, Chong Eng; ADUN Pulau Tikus, Yap Soo Huey; Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan Ahli Parlimen Batu Kawan, P. Kasthuriraani.

Kira-kira 200 belia memeriahkan acara sambutan berkaitan. Justeru, Guan Eng mengingatkan golongan belia agar memainkan peranan penting dalam menyumbang ke arah pembangunan dan kemakmuran berterusan.

“Kita mempunyai 8.2 juta belia, iaitu 28 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia, “Anda (belia) yang akan menentukan masa depan negara,” ujarnya.


Comments are closed.



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives