Laluan khas Persiaran Karpal Singh, penunggang ingkar bakal diambil tindakan

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penunggang motosikal yang didapati ingkar arahan pemanduan membabitkan laluan khas di Persiaran Karpal Singh, Sungai Pinang di sini.

Ahli Majlis merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Penguatkuasaan dan Pendidikan Awam MBPP, Ahmad Azrizal Tahir berkata, pihaknya (MBPP) telah mengadakan pertemuan serta perbincangan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kebimbangan dan penyalahgunaan laluan tersebut.

“Pihak MBPP maklum akan kebimbangan ini terutamanya dalam kalangan pengunjung di situ, yang mana terdapat segelintir penunggang motosikal tidak bertanggungjawab menggunakan kawasan tersebut sebagai laluan, walaupun ia hanya dikhaskan untuk aktiviti bersantai seperti berjalan kaki, skating lane dan laluan basikal.

“Selain mendapatkan kerjasama pihak polis untuk memantau, Majlis juga telah mengambil inisiatif memasang bollard, namun golongan ini (penunggang motosikal) didapati masih tidak mengendahkannya.

“Sepatutnya, mereka (penunggang motosikal) faham apabila telah diletakkan bollard, maka kenderaan tidak dibenarkan masuk dan menggunakan laluan tersebut,” katanya kepada wakil Buletin Mutiara selepas Mesyuarat Biasa Majlis (MBM) MBPP di sini baru-baru ini.

Turut serta, Ahli Majlis MBPP, Mohamed Yusoff Mohamed Noor.

Pada MBM yang berlangsung pada 27 Oktober lalu, MBPP telah meluluskan permohonan untuk menempatkan semula aktiviti permainan kasut roda di kawasan tersebut.

Aktiviti sewaan kasut roda di kawasan berkenaan sebelum ini menjadi isu apabila MBPP mentakrifkan ia sebagai menyalahi undang-undang ekoran menggunakan kawasan awam yang tidak dibenarkan untuk tujuan perniagaan.

Dalam pada itu, Mohamed Yusoff memberitahu, bagi tujuan keselamatan para pengunjung, MBPP akan menjalankan penguatkuasaan dari semasa ke semasa.

“Majlis juga kini telah mempunyai satu pasukan penguatkuasa berbasikal yang akan ditempatkan di sini untuk tujuan pemantauan.

“Malah, kita (Ahli Majlis) akan turut sama turun padang bagi menyuntik kesedaran umum kepada penunggangpenunggang motosikal ini,” jelasnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, kejayaan berganda Pasukan Paintball MBPP pada Kejohanan Paintball Asia League Series 2016 yang berlangsung di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 21 hingga 23 Oktober lalu wajar dipuji.

Pada kejohanan tersebut, pasukan Majlis telah dinobatkan sebagai johan untuk Kategori Divisyen 3 dan tempat ketiga (Kategori Divisyen 4).

Kemenangan tersebut masingmasing melayakkan pasukan MBPP membawa pulang piala, pingat dan barangan paintball bernilai RM5,000 untuk Divisyen 3, manakala RM1,000 (Divisyen 4).} else {