Nekad keluarkan peruntukan turap jalan demi rakyat

PAYA TERUBONG – Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Terubong, Yeoh Soon Hin masing-masing mengeluarkan peruntukan sebagai wakil rakyat untuk pelaksanaan kerja-kerja penurapan jalan dekat kawasan Bandar Sun Moon di sini.

“Penurapan jalan telah dibuat pada dua blok di kawasan ini iaitu di Blok 8 dan Blok 10.

“Di Blok 8, kos penurapan telah menelan sebanyak RM12,889.20, manakala Blok 10, RM9,625”, jelas Ramkarpal pada sidang media di sini pada 19 Disember lalu.

Bercakap pada sidang media sama, Soon Hin menyatakan bahawa projek penurapan itu sebenarnya adalah susulan daripada aduan penduduk setempat mengenai jalan berlubang dan rosak.

Justeru, beliau berharap projek itu dapat meningkatkan tahap keselesaan penduduk serta pengguna jalan raya kawasan berkaitan.

“Keselamatan pengguna jalan raya di kawasan ini sangat dititikberatkan memandangkan laluan di sini kebanyakannya adalah curam dan boleh membahayakan para pengguna,” jelasnya.


Cateogry: ADUN

Comments are closed.



Latest Articles

Like Our Facebook Page

Download Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Recent Comments

  1. Link telah dibaiki. Sila cuba lagi sekal... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013
  2. Buletin Mutiara 16-30 Mei 2013 Edisi Bah... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013

Archives