OKU antara peserta Larian Keamanan Ke-25

KEAMANAN… Kira-kira 350 orang kurang upaya (OKU) menyertai program Larian Keamanan Ke-25 anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), SCI Malaysia bersama-sama Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Taman Perbandaran, Jalan Kuari di sini baru-baru ini.

Program tersebut menyaksikan lapan kategori kumpulan dipertandingkan meliputi laluan sekitar enam kilometer (KM) bermula seawal jam 7.30 pagi.

Turut serta adalah 2,500 peserta- peserta daripada pelbagai latar belakang. Yang di-Pertua Negeri, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dr. Abdul Rahman Abbas hadir merasmikan majlis berkenaan.

Turut serta, Yang di-Pertua MPPP, Datuk Patahiyah Ismail, Pengarah Rekreasi, Pelancongan dan Perhubungan Antarabangsa, Mohamed Akbar Mustapha dan Ahli- ahli Majlis MPPP.

Turut diadakan, kem kesihatan, pemeriksaan kesihatan percuma, cabutan bertuah sepanjang temasya sukan tersebut berlangsung.