TDP penggerak generasi muda ceburi STEM

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD

 

GEORGE TOWN – Dalam tempoh lapan bulan operasi, iaitu sejak dibuka pada Julai 2016 hingga awal Februari tahun ini, Tech Dome Penang (TDP) mencatatkan kehadiran pengunjung berjumlah lebih 40,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, sejak TDP dirasmikan Ketua Menteri pada 16 Julai 2016, seramai 40,000 pengunjung telah melawat pusat sains berkenaan dalam tempoh lapan bulan operasi.

“Yang istimewanya, kita menerima pelawat dari pelbagai peringkat umur.

“Ini merupakan petanda baik bukan sahaja untuk TDP, malah juga kepada Kerajaan Negeri selaras dengan misi kita (Kerajaan Negeri) dalam menggalak dan memberi motivasi kepada generasi muda untuk menceburi bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik).

“Diharapkan, generasi pelapis ini akan meneruskan kerjaya dalam bidang STEM dan sekaligus membantu mengukuhkan kedudukan Pulau Pinang sebagai pusat yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa, cemerlang di dalam bidang sains dan teknologi,” ujarnya pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina TDP di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Chong Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng. Sempena penganjuran tersebut, Kon Yeow, Chong Eng dan Lai Heng turut menaja 70 kanak-kanak kurang bernasib baik dari beberapa pertubuhan kebajikan untuk mengadakan lawatan ke TDP.

Malah, sempena sambutan Hari Wanita Sedunia (HWS) Mac ini, TDP dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) bakal menganjurkan bengkel Women in Zcience Conference and Workshop 2017 (WiZ2017) pada 3 hingga 5 Mac 2017.

Chong Eng dalam ucapannya menyatakan bahawa, Kerajaan Negeri percaya dengan pembabitan dalam bidang berkenaan, ia bukan sahaja akan memberi manfaat kepada wanita itu sendiri, malah juga terhadap prospek ekonomi Pulau Pinang.

“Bengkel WiZ2017 bakal menampilkan para pemimpin wanita yang berjaya di dalam industri sains dan teknologi, yang mana mereka akan dijemput khas untuk berkongsi kisah kejayaan masing-masing.

“Ini adalah sebagai pendedahan dan inspirasi kepada golongan pelajar-pelajar untuk meneroka dan mengembangkan kerjaya dalam bidang sains kelak,” jelas beliau.


Comments are closed.



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives